AntarabangsaIsu Semasa

Bajet Ketenteraan India Kelima Terbesar Di Dunia

India telah menyertai kelompok kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China apabila menjadi negara kelima di dunia yang mempunyai perbelanjaan ketenteraan terbesar.

Menurut Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) menerusi laporan terbarunya, perbelanjaan ketenteraan negara itu telah meningkat sebanyak 5.5% kepada AS$ 63.9 bilion (RM 251 bilion) pada tahun 2017 dan jumlah ini melebihi bajet ketenteraan Perancis.

Peningkatan berkenaan turut mencerminkan ketegangan geopolitik serta kebergantungan India terhadap senjata-senjata yang diimport dan pembayaran gaji kakitangan yang besar.

“Kerajaan India bercadang untuk mengembangkan, memodenkan, dan menaiktaraf keupayaan operasi angkatan tenteranya, di mana perkara itu didorong oleh ketengangan di antara China dan Pakistan,” kata SIPRI.

Walau bagaimanapun, Laxman Kumar Behera, felo penyelidik di New Delhi’s Institute for Defence Studies and Analyses menjelaskan bahawa peningkatan perbelanjaan ini tidak bermakna angkatan tentera India akan mula menggunakan peralatan dan senjata canggih.
Hal ini adalah kerana sebahagian besar daripada bajet tersebut diperuntukkan khas untuk membayar gaji kira-kira 1.4 juta kakitangan tentera yang masih berkhidmat, dan pencen lebih daripada 2 juta veteran.

“Oleh kerana terlalu banyak wang disediakan untuk membayar kos tenaga manusia, jadi ia tidak cukup untuk membeli peralatan,” ujar Behera.

Memetik laporan Bloomberg, perkara itu turut ditekankan oleh Naib Ketua Turus Tentera, Leftenan-Jeneral Sarath Chand.

Pada bulan Mac, beliau memaklumkan kepada jawatankuasa parlimen bahawa hanya 63% daripada jumlah keseluruhan bajet adalah untuk membayar gaji, manakala hanya 14% untuk tujuan pemodenan ketenteraan.

Sebelum ini, SIPRI mengiktiraf India sebagai pengimport senjata terbesar di dunia.

Namun, oleh kerana negara itu sedang menghadapi ancaman geopolitik dari Pakistan dan China, Perdana Menteri, Narendra Modi telah meningkatkan pengeluaran pertahanan domestik menerusi program “Make in India”.

Dalam pada itu, senarai negara yang mempunyai perbelanjaan ketenteraan terbesar di dunia masih didominasi oleh AS dan China, dengan masing-masing memperuntukkan bajet bernilai AS$ 610 bilion (RM 2.4 trilion) dan AS$ 228 bilion (RM 898 bilion), pada tahun lepas.

Tetapi, China telah membelanjakan wang yang paling banyak ke atas ketenteraannya berbanding kuasa-kuasa lain di Asia, di mana perbelanjaannya telah meningkat daripada 5.8% pada tahun 2008, kepada 13% pada 2017.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker