Makan & Minum

Ketahui Jenis-Jenis Coklat Di Pasaran

Terdapat pelbagai jenis coklat di pasaran seperti coklat susu, gelap, putih, pahit manis, separa manis, coklat khas untuk masak dan lain-lain. Yang lebih mengelirukan, terdapat coklat yang dilabel mengikut peratusan dan ia sering membuat kita tidak pasti untuk pilih yang mana satu sesuai dengan selera kita.

Namun, anda tidak perlu lagi risau kerana National Confectioners Association telah memberi beberapa informasi untuk memudahkan anda.

Coklat tanpa gula atau coklat masakan (Unsweetened chocolate / Baking chocolate)

Seperti namanya, coklat tanpa gula tidak mengandungi gula. Jadi ia hanya likuor coklat tulen yang dicampur dengan beberapa bentuk lemak untuk menghasilkan bahan pepejal. Biji koko panggang tulen dikisar memberikan rasa coklat yang kuat dan mendalam. Ia boleh ia digunakan sebagai asas untuk kek, brownie dan biskut.

Coklat pahit manis dan coklat separa manis (Bittersweet / Semisweet chocolate)

Coklat pahit manis ialah likuor coklat di mana sedikit gula, lebih mentega koko, perisa vanila, dan kadang-kadang lesitin telah ditambah.

Ia biasanya mempunyai kurang gula dan lebih likuor daripada coklat separuh manis, tetapi kedua-duanya boleh saling ditukar apabila membakar. Banyak jenama sekarang mencetak peratusan koko dalam coklat pada pakej (seperti likuor coklat dan mentega koko tambahan). Lebih tinggi peratusan koko, lebih kurang manis coklat itu.

Jika mahu memilih yang mana satu sesuai untuk membuat kek, ia bergantung kepada berapa kuat perisa coklat yang anda mahu.

Coklat susu (Milk chocolate)

Coklat susu ialah coklat pepejal yang dibuat dengan susu, dalam bentuk susu tepung, susu cair, atau susu pekat. Coklat susu mengandungi sekurang-kurangnya 12% susu tepung dan sekurang-kurangnya 10% koko.

Coklat putih (White chocolate)

Coklat putih diperbuat daripada gula, susu, perisa vanila dan mentega koko, tanpa pepejal koko.

Serbuk koko (Cocoa powder)

Serbuk koko digunakan untuk membakar kuih dan kek. Ia adalah likuor coklat tanpa mentega koko dan hasilnya adalah serbuk koko. Bagi resipi yang tidak memberitahu serbuk mana untuk digunakan, gunakan serbuk koko semula jadi.

Show More

Related Articles

Back to top button