AntarabangsaTeknologi

Singapura Dan Jepun Lancar Sistem Pengesanan Wajah Di Lapangan Terbang

Lapangan terbang Changi di Singapura telah melancarkan sistem pengesanan wajah untuk mempercepatkan pemprosesan penumpang.

Menerusi teknologi ini mereka memperluaskan penggunaan sistem pintar ID sedia ada dan menggantikan semakan pasport secara manual.

Terminal terbaru Changi, T4, telah pun menggunakan teknologi pengesanan wajah untuk perkhidmatan daftar masuk, meletak bagasi, imigresen dan ketika boarding.

Teknologi ini dapat mengurangkan masa beratur dan juga kakitangan keselamatan.

Apabila penumpang meninggalkan bagasi di tempat letak bagasi, gambar mereka akan diambil untuk dipadankan dengan pasport.

Di pintu keselamatan automatik imigresen, gambar tersebut akan digunakan untuk mengesahkan identiti ketika boarding.

Kini lapangan terbang Changi sedang mencari cara bagaimana teknologi pengesanan wajah tersebut boleh dilaksanakan di tiga terminal lama mereka.

Selain Singapura, bermula tahun depan Jepun akan mengaplikasikan sistem yang sama untuk memaparkan wajah asing yang meninggalkan negara.

Sistem ini membenarkan seorang pegawai imigresen untuk mengawasi beberapa stesen dan menahan orang yang mencurigakan.

Kerajaan Jepun berharap menerusi sistem tersebut, ia akan memperkuatkan lagi langkah anti-keganasan negara untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Di bawah sistem ini, gambar yang disimpan pada cip pintar pasport dan gambar yang diambil di kaunter imigresin diperiksa oleh komputer untuk mengesahkan sama ada kedua-dua gambar itu adalah orang yang sama.

Pelancong meletakkan pasport mereka ke atas pengimbas elektronik dan meletakkan wajah mereka di hadapan kamera yang dilampirkan. Jika wajah mereka sama, mereka akan diluluskan masuk.

Ia akan mengambil kira-kira 15 saat, dan sistem itu boleh mengenal pasti perubahan berkaitan dengan usia.

Kerajaan mula menggunakan sistem tersebut pada bulan Oktober tahun lepas untuk pemeriksaan masuk semula rakyat Jepun di Haneda.

Tiga mesin mengendalikan kira-kira 20% daripada semua warga Jepun yang pulang, atau kira-kira 2,600 orang, setiap hari.

Kerajaan bercadang untuk memasang 134 mesin di lapangan terbang Haneda, Narita, Kansai, Chubu dan Fukuoka tahun ini.

Sistem ini akan digunakan untuk warga asing yang meninggalkan negara itu dari lima lapangan terbang berkenaan bermula tahun depan.

Dengan menggunakan 137 mesin ini, pegawai lapangan terbang lain dapat menjalankan tugas yang berbeza.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close