Gaya HidupMakan & Minum

Rasai Pengalaman Makan Dalam Restoran Pesawat di KL

Malaysia kini mempunyai restoran pertama di dalam pesawat sebenar, dikenali sebagai Plane In The City, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Dilancarkan pada 25 April lalu, pesawat itu terletak di Bukit Bintang dan dibuka pada hari minggu dan hujung minggu, biasanya pada waktu malam.

Hidangan Istimewa

“Penumpang” pesawat akan dihidangkan dengan tiga hidangan makan malam istimewa dan seperti kapal terbang yang sebenar, makanan yang disediakan terdapat dalam tiga kategori: Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama.

Kelas pertama adalah pilihan yang paling mahal dengan harga RM999, sementara makanan Perniagaan dan Ekonomi berharga RM399 dan RM199.

Setiap kelas mempunyai insentif tersendiri, tetapi pakej Kelas Pertama turut dilengkapi dengan tawaran penginapan di hotel Le Meridien yang bertaraf 5 bintang, di mana para chef dari hotel itu adalah jurumasak di sebalik makanan dalam pesawat terbabit.

Walau bagaimanapun, makanan bukanlah satu-satunya aspek istimewa yang akan dapat dinikmati oleh pelanggan.

Dua sesi

Dengan sesi yang diadakan dua kali sehari, “penumpang” pesawat akan dapat melawat dan mengambil foto di dalam kokpit, dan mengambil bahagian dalam “Wing Walk”, yang memberikan peluang kepada mereka untuk berjalan di sayap pesawat Boeing 737.

Satu sesi individu berlangsung selama kira-kira satu jam setengah, dan maksimum 20 orang dibenarkan setiap sesi untuk mengekalkan ciri eksklusif dan pelanggan akan disambut dan diurus oleh ‘pramugari’. Sesi persendirian juga disediakan dengan tempahan khusus.

Sayangnya untuk semua orang di luar sana yang ingin terbang secara solo, anda perlu mencari rakan kongsi untuk menaiki pesawat terbabit kerana bilangan minimum yang diperlukan untuk tempahan adalah dua orang.

Menurut Business Insider, Plane In The City juga memegang gelaran Pengalaman Makan Penerbangan Pertama di Malaysia dalam Buku Rekod Malaysia dan disahkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TwoSpicy Entertainment Live, Arvin Randahwa, yang mengendalikan Plane In The City, menyatakan bahawa tujuan mereka adalah untuk mengubah persepsi negatif mengenai penerbangan seperti makanan pra-bungkusan, ruang terhad untuk duduk dan berjalan-jalan serta untuk mengatasi fobia terbang dalam sesetengah individu.

Show More

Related Articles

Back to top button