Antarabangsa

Peranan Wanita Pertama Korea Utara Untuk Lembutkan Imej Kim

Kini bergelar Wanita Pertama Korea Utara, beliau tampil di persidangan kemuncak penuh bersejarah itu yang menjanjikan perdamaian konflik di Semenanjung Korea yang telah berlangsung lebih daripada 60 tahun.

Pertama kali Ri Sol Ju melangkah ke bumi Korea Selatan adalah lebih kurang sedekad yang lalu. Beliau ke sana sebagai ahli kumpulan pasukan sorak untuk pasukan atlet Korea Utara 2005.

Baru-baru ini beliau kembali bukan sahaja untuk mewakili Korea Utara tetapi juga untuk menemani suaminya iaitu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Sumber: Reuters

 

Gaya Pemakaian Wanita Pertama Korea Utara Yang Sopan

Tampil bergaya dengan skirt dan jaket berwarna merah jambu yang juga dipadankan dengan kasut bertumit tinggi bergemerlapan, Ri dilihat memberi senyuman lebar ketika disambut oleh Wanita Pertama Korea Selatan.

Pertemuan bersejarah ini mencatatkan kali pertama pemimpin Korea Utara diiringi seorang isteri ketika menghadiri persidangan kemuncak bersama presiden Korea Selatan.

Walaupun tidak banyak diketahui tentang latar belakang Ri, termasuklah umur dan tarikh perkahwinannya kepada Kim, namun gaya dan penampilannya sering menarik perhatian pihak media antarabangsa.

 

Melembutkan Imej Kim Jong-un

Beberapa pakar perunding imej menyifatkan kehadiran Ri di sisi Kim membantu mencorak perwatakan pemimpin tersebut supaya kelihatan lebih lembut dan mudah didampingi.

Penampilan pertama Ri di khalayak umum adalah pada July 2012 ketika majlis pelancaran untuk sebuah taman tema. Di waktu itu, Ri dilihat mesra memegang lengan suaminya.

Lawatan Ri di China baru-baru ini juga telah mendapat liputan media yang setara dengan perjumpaan Presiden Xi Jinping bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada tahun lepas.

Sejak itu lawatan tersebut, Ri mendapat pujian ramai pengguna media sosial di China yang menyifatkan paras rupanya cantik bagai bintang pop terkenal.

 

Peranan Sebenar Ri Sol Ju

“Kim Jong-un ingin dilihat sebagai pemimpin negara yang dihormati di dalam negaranya dan juga di luar,” kata Jeong Yeung-tae, ketua Institute of North Korea Studies di Seoul.

“Dengan membawa isterinya bersama, beliau berkata  ‘Lihatlah saya, saya juga berkeupayaan menjadi ketua negara sama seperti anda.’”

Status Ri sejak beberapa minggu lalu telah dinaikkan kepada Wanita Pertama dan ia merupakan kali pertama status itu digunakan sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu.

Sebelumnya, beliau hanya dikenali sebagai komrad atau isteri kepada Kim Jong-un.

Walaupun begitu, status Wanita Pertama Ri kekal gelaran sahaja.

Jeong berkata di Korea Utara, isteri kepada pemimpin itu tidak mempunyai banyak peranan. Jika isterinya cuba untuk melakukan sesuatu yang berasaskan politik, beliau akan dikecam.

“Adik Kim mempunyai peranan berkuasa sebagai pembantu Kim. Pada hujung hari, Ri hanya isteri kepada Kim Jong-un,” tambah Jeong.

Show More

Related Articles

Back to top button