Hiburan

Nama-Nama Artis Barat Dalam Bahasa Cina Pelik Dan Lucu

Bahasa Cina menggunakan huruf Cina idiomatik manakala bahasa Inggeris menggunakan huruf abjad. Disebabkan itu, ia sukar untuk mentransliterasikan nama-nama barat kepada bahasa Cina. Tetapi perkara itu tidak menghalang peminat artis barat di China untuk mencipta nama-nama kreatif yang kadang-kandang agak pelik dan lucu.

Timothee Chalamet

Academy Awards baru-baru ini telah mononjolkan bintang baharu di mata rakyat China iaitu Timothee Chalamet, seorang calon dalam kategori pelakon terbaik untuk filem Call Me By Your Name.

Di sana, Timothee Chalamet di beri nama “Tian Cha” yang membawa maksud “Sweet Tea” yang bersesuaian dengan paras rupanya yang manis dan kacak.

Timothee adalah antara pelakon hangat yang sering menjadi perbualan ramai di platform media sosial terkenal, Weibo.

Katy Perry

Selain Timothee, antara artis barat lain yang mendapat nama menarik adalah Katy Perry yang diberi nama “Shui Guo Jie” atau “Fruit Sister”. Gelaran ini adalah kerana penyanyi tersebut cenderung memakai baju bercorakkan buah-buahan ketika membuat persembahan.

Katy Perry juga gemar menggunakan buah-buahan seperti buah tembikai, strawberi dan pisang sebagai hiasan pentas menyebabkan peminatnya di China memberi nama “Kakak Buah”.

JLo

Jennifer Lopez pula diberi nama samaran “Luo Ba” dalam bahasa Cina. Jika diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ia bermaksud “Lord of Butt”. Mungkin ramai yang menganggap nama tersebut dipetik disebabkan tubuh badannya yang seksi. Tetapi ia sebenarnya adalah permainan perkataan berdasarkan nama keluarganya, Lopez, “Luo Pei Zi.”

Benedict Cumberbatch

Pelakon Britain, Benedict Cumberbatch dikenali sebagai “Juan Fu”. “Juan” bermaksud “keriting” dan adalah bersesuaian dengan gaya rambutnya di dalam siri television Sherlock Holmes and “Fu” pula bermaksud “Rahmat”.

Minat rakyat China terhadap makanan telah membawa kepada nama-nama seperti “Ma La Ji” untuk Nicki Minaj yang bermaksud “Little Spicy Chicken” dan “Xiao Tian Tian” yang bermaksud “Little Sweetie” untuk Britney Spears.

Antara nama pelik lain adalah nama yang diberi kepada Jennifer Lawrence, iaitu “Da Biao Jie” yang bermaksud “Big Cousin” (Saudara Besar).

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker