Sukan

Mourinho Mahu Kekal Selama Wenger

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho percaya beliau dapat menyamai tempoh pengurusan pengurus terbaik Arsenal, Arsene Wenger yang mengurus kelab itu sehingga mencecah umur lewat 60an.

Mourinho berdepan lawan seterunya itu buat kali terakhir bersama Arsenal yang menyaksikan the Gunners tewas 2-1 gara-gara gol Marouane Fellaini di waktu kecederaan separuh masa kedua.

Tempoh paling lama yang dipegang Mourinho adalah ketika beliau bersama Chelsea, yang bertahan selama tiga tahun dan tiga bulan.

Beliau turut menguruskan Real Madrid selama tiga tahun, dan dua tahun di Porto, Inter Milan dan kali kedua di Stamford Bridge.

Wenger yang berusia 68 tahun bakal melepaskan jawatannya itu di penghujung musim ini, setelah 22 tahun bersama kelab itu.

Ketika ditanya bolehkan beliau menjadi pengurus selama seperti Wenger, Mourinho berkata: “Sudah tentu. Saya perlu menukar kelab kerana kamu (media) tidak mahu saya di sini!

“Saya boleh melihat diri saya melakukannya tetapi dengan konsep baru media, media sosial, cara peminat menyuarakan dan mempengaruhi sesuatu cadangan, terlalu banyak tekanan – bukan sahaja kepada pengurus – tetapi juga kepada kelab.

“Mustahil untuk seseorang itu bertahan untuk masa yang lama, terutamanya tanpa sebarang kejayaan.

“Untuk kekal sebagai pengurus, untuk mendapatkan empat atau lima tahun untuk memenangi sebarang kejuaraan dan menambah baik pasukan, saya tidak rasa kami boleh melakukannya seperti itu lagi.”

Namun pengurus dari Portugal itu berasakan bahawa beliau boleh kekal lebih lama di United berbanding kelab-kelabnya terdahulu.

“Saya rasa (untuk kekal). Ketika di kelab-kelab lain, saya sudah mula memikirkan ‘apa seterusnya'” ujar beliau.

“Ada perkara yang saya mahu lakukan – saya mahu ke Itali, saya mahu ke Sepanyol.

“Pada waktu ini, tiada apa yang saya mahu lakukan, dan saya tidak mahu melakukan perkara lain dari apa yang sedang saya lakukan sekarang.”

Mourinho telah memenangi trofi sejak masanya di Porto, tetapi beliau yakin bahawa beliau adalah pengurus yang lebih baik daripada sebelum ini.

Image result for arsene wenger mourinho

Lebih matang

“Ya, sehingga anda hilang motivasi, anda perlu teruskan menambah baik,” tambah Mourinho lagi.

“Jadi, itulah. Semangat terhadap kerja saya kekal sama dan tanggungjawab serta kawalam emosi kini bertambah baik. Saya sudah semakin matang.

“Di setiap aspek – latihan, perlawanan, hubungan dengan pemain – saya berasakan ia seperti deja vu.

“Kini jarang perkara-perkara yang berlaku di dalam kehidupan profesional saya, yang saya rasa terkejut atau tidak tahu bagaimana untuk membalas.

“Jadi, lebih banyak pengalaman, lebih baik bagi anda.”

Mourinho menggunakan contoh Jupp Heynckes untuk menguatkan teorinya.

Ketika berusia 72 tahun, Heynckes kembali mengurus Bayern Munich pada Oktober tahun lalu buat kali ketiga selepas bersara selama empat tahun, selepas 32 tahun sebagai pengurus.

“Anda lihat seperti Encik Heynckes. Beliau telah bersara, bermain bersama cucunya, dan secara tiba-tiba kembali (mengurus) dan beliau lebih bagus daripada sebelum ini,” kta Mourinho.

Bagi Wenger, Mourinho telah melalui banyak saat-saat konfrontasi dengan pengurus dari Perancis itu.

Walaupun begitu, Mourinho mengaku berdepan the Invincibles milik lawan seterunya itu, yang tidak dapat dikalahkan sehingga memenangi takhta Liga Perdana Inggeris, menjadikannya seorang pengurus yang lebih baik.

“Saya akan mengingatinya sebagai seorang lawan yang besar, sebagai pengurus kepada the Invincibles – pasukan yang saya lawan ketika saya baru tiba ke negara ini pada 2004, the Invincibles yang menjadikan saya pengurus yang lebih baik, Itulah cara saya akan mengingati beliau,” tambahnya.

Mourinho juga percaya Wenger akan terus mengurus.

“Saya tidak rasa beliau akan menamatkan kariernya. Selagi tiada maklumat lain, beliau hanya akan menamatkan kariernya sebagai pengurus Arsenal.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker