Fenomena calon muda semakin menarik perhatian ramai menjelang musim PRU-14.
Setiap parti dilihat tidak ketinggalan menampilkan calon masing-masing yang muda, bertenaga dan mempunyai daya kepimpinan tinggi.
Hal yang sama turut dirasakan di negeri-negeri pantai timur khususnya Terengganu dan Kelantan. Kedua-dua negeri ini menyumbang kepada 22 kerusi di Parlimen, dan langkah menonjolkan calon muda dilihat satu usaha yang baik demi mengangkat aspirasi golongan belia di sana.
Mari kita kenali sebahagian susuk-susuk muda bawah 45 tahun di pantai timur ini.
TERENGGANU
Di pihak Barisan Nasional (BN)Â negeri Terengganu, dua orang calon muda telah mencuri perhatian kerana mempunyai latar belakang yang kukuh. Mereka ialah: –
- Mohd Iskandar Jaafar, (DUN Jabi)
- Tengku Zaihan bin Che Ku Abdul Rahman, (DUN Kuala Besut)

Di pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS)Â juga mereka turut menampilkan sejumlah calon muda yang dipilih dari kalangan ahli Dewan Pemuda PAS, termasuklah: –
- Mohd Shafizi Ismail (DUN Batu Rakit)
- Hishamuddin Abdul Karim (DUN Tepuh)
- Mohd Fadzil Wahab (DUN Seberang Takir)
- Muhammad Khalil Abdil Hadi (DUN Batu Buruk)
- Sulaiman Sulong (DUN Pengkalan Berangan)
- Kamaruzaman Abdullah (DUN Telemong)
- Hilmi Harun (DUN Manir)
- Saiful Azmi Suhaili (DUN Kemasik)

Pakatan Harapan (PH)
PH di Terengganu juga tidak ketinggalan mewakilkan beberapa susuk muda di Terengganu, antaranya termasuklah: –
- Hasbie Muda (DUN Paka)
- Hafizuddin Hussain (DUN Manir)
- Amir Long (DUN Batu Rakit)
- Huzaifah Md Suhaimi (Parlimen Kemaman)
- Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan (DUN Tepuh)

KELANTAN
Sama seperti di Terengganu, parti-parti politik di Kelantan juga dilihat berusaha menjulang aspirasi belia apabila meletakkan calon-calon bawah 45 tahun yang boleh dijadikan sandaran buat pengundi terutama dari kalangan belia.
Di pihak BN, antara calon muda yang dipertandingkan termasuklah: –
- Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi, (Parlimen Kota Bharu)
- Chua Hock Kuan, (DUN Kota Lama)
- Nor Asmawi Abdul Rahman, (Parlimen Pasir Mas)
- Akbar Salim, (DUN Apam Putera)
- Bakri Yusoff, (DUN Pasir Tumboh)
- Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, (Parlimen Pasir Puteh)

Bagi pihak PAS pula, mereka meletakkan seorang calon muda di kerusi Parlimen Pasir Mas, iaitu Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari.

Sementara itu, PH di Kelantan turut meletakkan beberapa calon muda, dan antara yang menonjol termasuklah Mohd Fami Zakaria (DUN Jelawat), Nasir Dollah (DUN Galah) dan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (DUN Kuala Balah).

PRU-14 MENJULANG ASPIRASI BELIA
Ho Chi Minh, Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Vietnam ada berkata: –
Untuk menyemai hasil dalam tempoh sepuluh tahun, maka tanamlah pohon-pohon. Namun jika ingin menuai hasil berpanjangan selama 100 tahun, maka pupuk dan semailah insan-insan…
Kini, setelah berkenalan dengan calon-calon PRU-14 yang muda dan berwibawa, maka adalah menjadi tanggungjawab para pengundi untuk membuat pilihan yang paling tepat, agar calon yang diangkat berupaya “memupuk dan menyemai” benih kejayaan dan kemajuan untuk kita semua.