Teknologi

5 Tips Bersedia Untuk Naik Taraf Windows 10 April 2018 Update

Microsoft akan melancarkan kemaskini terbaru buat Windows 10 hari ini. Update terbaru yang boleh dimuat-turun secara percuma ini dinama Windows 10 Spring Creator Update.

Sebelum anda memuat turun kemaskini ini, disarankan anda melakukan 5 langkah keselamatan agar dokumen dan fail di dalam Windows anda selamat.

BUAT SALINAN FAIL, DATA DAN DOKUMEN ANDA

Sebelum anda menaik taraf sistem operasi anda, adalah lebih baik jika anda membuat salinan data terlebih dahulu dikhuatiri berlaku kerosakkan semasa menaik taraf.

Anda boleh memuat naik data anda ke dalam cloud storage (penyimpanan awam) atau external hard disk.

Windows juga menyediakan servis salinan tersedia yang boleh diakses di Setting > Update & Security > Backup.

BUAT SALINAN KESELURUHAN SISTEM

Untuk lebih keselamatan, anda boleh membuat salinan ke atas sistem Windows anda di mana ia akan sistem akan

SEDIAKAN STORAN DI DALAM HARD DISK

Buang atau kosongkan aplikasi / data di dalam hard disk agar proses naik taraf mempunyai ruang storan untuk kemas kini.

JANGAN SAMBUNG PERALATAN LAIN KETIKA KEMAS KINI

Peralatan seperti printer, scanner, external hard disk dan sebagainya bagi melancarkan proses naik taraf. Setelah kemas kini Windows 10 berjaya, barulah lakukan proses kemas kini driver peralatan.

NYAH AKTIF SECURITY UTILITIES SEMENTARA

Antirivus dan firewall mampu mengganggu ketika proses naik taraf. Nyah aktif Security Utilities (Sekuriti keselamatan) untuk sementara bagi membolehkan proses dilakukan dengan lancar.

Untuk menetapkannya, pergi ke Settings > Update & security > Windows Security dan klik Open Windows Defender Security Center.

Setelah proses naik taraf selesai, pastikan semua sistem keselamatan dan antivirus diaktifkan semula.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker