Gaya HidupKerjaya

Chef Terkenal Kongsi 6 Tips Untuk Menjadi Chef Berjaya

Pada satu ketika dahulu orang menganggap kerjaya sebagai chef ini sebagai kerjaya yang tidak serius dan kurang mendatangkan hasil kecuali anda memiliki sebuah restoran sendiri.

Namun pada masa kini, kerjaya seorang chef ini semakin mendapat sambutan dan apa yang lebih menarik lebih ramai lelaki meminatinya.

Chef Sherson Lian dalam Asian Food Channel

Jika anda juga terinspirasi daripada beberapa chef selebriti seperti Sherson Lian, dari program 5 Rencah 5 Rasa ataupun Gordon Ramsay dari Master Chef mahupun chef bidang terjun, BossNed (suami kepada pelakon Nora Danish) yang membuka restoran sulungnya, N97, sini tips dari chef terkenal di Amerika, Marc Vetri melalui penulisannya di Huffpost.

  1. Pastikan Anda Jujur Dalam Resume

Tidak ramai ‘boss’ berminat dengan pengalaman anda yang tidak ada kena mengena dengan kerja yang dipohon.

Namun, mereka lebih berminat dengan tempat yang pernah anda kerja sebelum itu seperti latihan ilmiah (praktikal) di sebuah restoran, atau anda telah membuat inovasi dalam makanan dan sebagainya.

Marc secara peribadi berkata dia akan hanya mengambil chef baru untuk berkerja dengannya setelah melihat kerja yang dilakukannya selama dua hari di dapur.

Jadi jika anda berkata anda berpengalaman dalam sesuatu hal, pastikan ianya benar!

  1. Jangan risau tentang bayaran

Isu tentang gaji pertama ini sering menjadi bualan ramai tetapi bagi Marc, seorang yang mahu menimba pengalaman harus mempunyai ‘target’ sendiri – buatlah lamaran di tempat yang anda mahu kerja dan berusahalah sehingga anda dapatkannya. Sememangnya tempat sebegini akan membentuk anda menjadi chef yang baik.

Marc berkongsi pengalamannya menunggu di hadapan sebuah restoran setiap hari selama dua minggu sehingga mereka memberinya peluang untuk bekerja di situ.

Tetapi sebelum itu beliau harus membuktikan komitmennya selama enam minggu sehingga mereka percaya dengan hasil kerjayanya dan mengambilnya bekerja.

Di situlah Marc mendapat pengalaman yang tidak ternilai, ia seperti sebuah sekolah memasak.

Beliau belajar memasak dalam dapur profesional, masuk kerja awal untuk mengetahui cara memotong dengan baik, membuat kiraan stok dan belajar membuat pesanan.

Pengalaman ini adalah kunci kepada kejayaannya. Oleh itu, jika anda bekerja untuk dapatkan duit semata-mata, ia adalah kesilapan yang besar.

  1. Etika kerja dan sikap adalah segalanya

Sebagai seorang ‘boss’ baginya sikap adalah perkara yang paling penting. Beliau akan mengambil orang yang mempunyai sikap yang berbanding dan kurang pengalaman berbanding sebaliknya.

Menurutnya, jika seseorang itu mempunyai sikap negatif, mereka tidak akan kemana-mana.

  1. Belajar perkara asas

Sememangnya banyak perkara ada di dalam buku masakan tetapi seseorang itu perlu mahir dalam perkara asas supaya perkara lain akan lebih mudah untuk dilakukan.

Perkara asas yang dikatakan ialah teknik memasak pada suhu yang betul.

  1. Jangan pernah fikir anda lebih hebat dari orang lain

Marc mengaku dia belajar dari pekerja sama seperti pekerjanya belajar melaluinya dan beliau berkata beliau rasa mendapat inspirasi daripada pekerjanya lebih daripada pekerjanya dapat melaluinya. Jangan pernah berhenti belajar.

  1. Chef terbaik belajar mengenali teknik mereka tersendiri

Anda boleh belajar dari pelbagai orang tetapi orang hebat akan belajar dan menggubah masakan mereka sendiri melalui inspirasi daripada orang-orang hebat ini.

Jadilah diri anda sendiri dan jangan meniru orang lain. Orang ramai akan lebih menghargai usaha anda itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker