Teknologi

Teknologi Pengenalan Wajah Pada Tiang Lampu Singapura

Tidak lama lagi, kamera pengawasan yang terletak di atas lebih 100,000 tiang lampu jalan di Singapura akan dapat membantu pihak berkuasa mengenali wajah orang ramai di seluruh negara itu.

Rancangan pemasangan kamera dengan sistem yang melibatkan teknologi perisian pengenalan wajah itu akan membolehkan kerajaan untuk melakukan analisis terhadap orang awam dan menyokong operasi anti-keganasan.

GovTech, agensi kerajaan Singapura yang bertanggungjawab ke atas projek perintis “Lamppost-as-a-Platform” yang dijadualkan bermula tahun depan, telah memberi peluang sehingga Mei untuk syarikat yang berminat untuk mendaftar dalam menyediakan teknologi untuk rangkaian itu.

“Sebagai sebahagian daripada percubaan LaaP, kami sedang menguji pelbagai jenis sensor pada lampu jalan, termasuk kamera yang boleh menyokong keupayaan pengenalan muka dari belakang.

“Keupayaan ini boleh digunakan untuk melakukan analisis orang ramai dan menyokong siasatan susulan sekiranya berlaku kejadian keganasan,” kata jurucakap GovTech.

Singapura berkata projek itu adalah sebahagian daripada rancangan “Negara Pintar” yang lebih luas untuk menggunakan teknologi canggih dalam meningkatkan kehidupan rakyat dan telah berjanji untuk memberi ruang terhadap privasi orang awam.

MalayMail melaporkan, rangkaian pengawasan video adalah perkara biasa di bandar-bandar besar seperti London atau New York.

Tetapi teknologi di Singapura akan berbeza kerana ia melibatkan teknologi pengenalan wajah yang luas. Teknologi sedemikian telah menjadi perkara biasa di bandar-bandar di  China seperti Beijing dan Shanghai.

Rancangan pemasangan kamera itu telah menimbulkan kebimbangan privasi dalam kalangan pakar keselamatan dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia. Beberapa pegawai tertinggi di Singapura turut menzahirkan kebimbangan mereka.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata bahawa projek Smart Nation bertujuan meningkatkan kehidupan rakyat dan tidak mahu ia dilakukan dengan cara “yang keterlaluan, mengganggu dan tidak beretika”.

Jurucakap GovTech berkata: “Keperluan untuk melindungi data peribadi dan memeliharsingapuraa privasi adalah pertimbangan penting dalam pelaksanaan teknikal projek.”

Kerajaan juga berharap untuk menggunakan sensor lain di lampu jalan untuk memantau kualiti udara dan paras air, mengira skuter elektrik di tempat awam, dan mengumpul data kaki untuk membantu perancangan bandar dan pengangkutan.

GovTech tidak menyatakan berapa banyak tiang lampu akan digunakan dalam projek perintis terawal. Tetapi bekas ketua perkhidmatan awam Singapura, Peter Ong, bahawa rangkaian sensor itu mungkin melibatkan semua 110,000 tiang lampu di negara itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker