Gaya HidupKesihatan

Sel Darah Merah Penting Ketika Mengandung

Setiap wanita yang akan menjadi seorang ibu akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza. Ada yang alahan teruk di waktu pagi yang juga dikenali sebagai morning sickness, ada juga yang morning sicknessnya datang tengah malam, dan ada pula yang alahan sepanjang masa sehingga tidak terdaya untuk berdiri.

Jika hendak berceritakan tentang pengalaman, saya bernasib baik kerana tidak melalui morning sickness tetapi pernah muntah selepas cuba minum jus delima yang dikatakan dapat meningkatkan Hb darah.

Semasa kehamilan saya, semuanya berjalan lancar kecuali kadar Hb dalam darah yang rendah. Hb dalam darah ini perlu untuk mengelakkan 8 perkara ini:-

  1. Bayi lemas akibat kurang oksigen yang boleh menyebabkan keguguran
  2. Bayi tidak dapat membesar dengan baik semasa dalam kandungan
  3. Ibu mungkin mati semasa proses bersalin
  4. Ibu terpaksa menerima darah (blood transfusion) dari sumber lain semasa proses bersalin
  5. Bayi terpaksa dilahirkan awal dan tidak cukup berat badan (bayi pramatang)
  6. Bayi berisiko untuk mengalami demam kuning yang lama kerana lahir pramatang
  7. Bayi dilahirkan dengan kecacatan serius di bahagian tulang belakang (spina bifida) dan bahagian otak (salah satunya ialah sindrom down)
  8. Meroyan selepas bersalin

Ini adalah kerana sel darah merah yang dikenali sebagai hemoglobin (Hb) ini penting untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan. 

Menurut pakar, paras normal Hb untuk wanita yang tidak hamil ialah 12.0 gd/l ke atas tetapi bagi ibu mengandung, doktor menyarankan untuk mengekalkan bacaan pada paras 11.0gd/l.

Jika anda mempunyai 5 simptom seperti ini, kemungkinan besar anda juga kekurangan sel darah merah:-

  1. Cepat letih
  2. Sering kejang otot
  3. Muka pucat
  4. Jantung berdegup kencang
  5. Cepat mengah

Jika anda ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kandungan, ujian darah akan diadakan setiap tiga bulan bagi mengetahui kadar hemoglobin dan sekiranya anda didapati mempunyai masalah anemia (kekurangan darah) doktor mungkin akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap.

Suplemen Tambahan

Klinik kesihatan juga akan memberi suplemen tambahan zat besi untuk menaikkan paras sel darah merah jika didapati anda anemia semasa hamil.

Saya sendiri telah mendapatkan suplemen untuk menaikkan sel darah merah seperti:

  • Ubat Iron KK (Ferrous Fumarata BP) – Diberi percuma di klinik kesihatan untuk naikkan zat besi.
  • Iberet Folic – Alternatif apabila ubat iron tidak berkesan dan mempunyai anemia kekurangan ferum.

Namun, ia kurang berkesan untuk saya dan akhirnya doktor memberikan saya Moltofer dan ia berjaya meningkatkan paras Hb saya. Secara peribadi, saya suka Moltofer ini berbanding suplemen lain kerana hanya perlu kunyah dan mempunyai rasa sedikit seperti coklat. 

Antara suplemen lain yang anda disarankan juga ialah

  • Saferon – Tablet yang boleh dikunyah dan ditelan. Diberikan sekiranya ibu tidak serasi dengan iberet folic.
  • Obiminz Pluz – Mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.

Tetapi jangan lupa untuk mendapat nasihat doktor anda dahulu sebelum membelinya kerana setiap wanita mengandung adalah berlainan dan jika anda mahu mencuba menaikkan sel darah merah anda secara alami, terdapat beberapa cadangan seperti tingkatkan pemakanan sayuran hijau, makan daging merah, hati ayam, ikan dan banyak lagi.

Di samping itu, elakkan mengambil susu ataupun suplemen kalsium bersama-sama suplemen zat besi dan sebaiknya anda menjarakkan pengambilan susu 3-4 jam kerana suplemen kalsium akan menyebabkan kurangnya proses penyerapan zat besi tersebut.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker