MalaysiaPolitikTempatan

Jom Kenali Calon Muda PRU-14 Di Bumi Kenyalang

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai saiz seluas hampir dua kali ganda negeri jirannya Sabah. Dengan keluasan hampir 125,000 kilometer persegi, itu menjadikan Sarawak sebagai negeri yang menyumbang paling banyak bilangan kerusi di Parlimen iaitu sebanyak 31 buah. Ini sekaligus meletakkan Sarawak sebagai negeri yang penting dalam mencaturkan politik tanah air.

Bercakap tentang politik, realiti pada PRU-14 kali ini menyaksikan setiap parti berlumba-lumba mengetengahkan calon belia yang segar dan bertenaga.

Ini tidak menghairankan memandangkan peratus golongan belia berusia 24 hingga 44 tahun, mengikut data tahun 2014 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah berjumlah 31.2%. Ianya jumlah yang signifikan dalam menyumbang kepada kemenangan satu-satu parti.

Jadi dalam siri kali ini, mari bersama Toodia mengenali  sebahagian calon muda yang segar-bugar di ‘Bumi Kenyalang’ ini.

BARISAN NASIONAL (BN)

Parti BN telah mengambil langkah strategik meletakkan calon-calon muda yang berkaliber bagi memperjuangkan agenda golongan belia negeri itu, dan calon paling mendapat perhatian adalah Lukanisman Awang Sauni kerana merupakan yang paling muda (36 tahun).

Berikut adalah sebahagian calon-calon muda bagi kerusi Parlimen di sana: –

  1. Lukanisman Awang Sauni, 36, (Parlimen Sibuti).
  2. Kho Teck Wan, 41 (Parlimen Bandar Kuching).
  3. Huang Tiong Sii, 49 (Parlimen Sarikei)
  4. Kong Sien Chiu @ Kelvin Kong, 46 (Parlimen Lanang)
  5. Wong Kee Yew @ Andrew Wong, 42 (Parlimen Sibu)

Wakil Barisan Nasional Sarawak, Gerald Rentap Jabu, sewaktu ditemubual oleh Toodia menjelaskan bahawa BN termasuk sayap Pemuda negeri itu bersedia memberikan sepenuh komitmen untuk membangunkan Sarawak, termasuk dalam aspek: –

  1. Pembangunan ekonomi: Ini termasuklah ekonomi fizikal berasas tani, ekonomi digital dan ekonomi berasas ilmu (k-economy).
  2. Pembangunan infrastruktur: Ini termasuklah menambahbaik infrastruktur kawasan bandar serta membangunkan infrastruktur di luar bandar.
  3. Pengukuhan keharmonian antara etnik
  4. BN sebagai wadah belia: BN berikrar untuk mengangkat aspirasi dan suara orang muda ke persada nasional dan antarabangsa.
Lukanisman Awang Sauni merupakan calon paling muda dari BN di Sarawak

PAKATAN HARAPAN (PH)

Menurut Narawi bin Palayan, Pengerusi PKR Bahagian Landir Batu 10 di Sarawak, beliau memaklumkan kepada Toodia bahawa parti komponen PH termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) mempertaruhkan sekurang-kurangnya 10 orang calon muda bawah 45 tahun di seluruh negeri Sarawak.

Paling disebut-sebut antara semua calon adalah Dr. Kelvin Yii dari DAP (Parlimen Bandar Kuching), kerana usia yang muda (31 tahun). Selain beliau, calon muda yang lain termasuklah: –

  1. Datuk Dr Nor Irwan Ahmad Nor, 40-an (Parlimen Petra Jaya)
  2. Mohamad Fidzuan Zaidi, 40-an (Parlimen Santubong)
  3. Willie Mongin, 40-an (Parlimen  Puncak Borneo)
  4. Sopian Julaihi, 40-an (Parlimen Kota Samarahan)
  5. Othman Mustapha, 40-an (Parlimen Batang Sadong)
  6. Noel Bucking, 40-an (Parlimen Betong)
  7. Mohamad Fadillah Sabali, 40-an (Parlimen Tanjong Manis)
  8. Abdul Jalil Bujang, 40-an (Parlimen Mukah)
  9. Dr. Michael Teo, 40-an (Parlimen Miri)
  10. Roland Engan, 40-an (Parlimen Baram)
  11. Paren Ak Nyawi, 37 (Parlimen Kapit)
  12. Mordi Bimol, 33 (Parlimen Mas Gading)

Narawi turut mengulas tentang agenda PH di Sarawak, termasuk yang melibatkan golongan belia. Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa agenda teras yang akan dijulang: –

  1. Pemantapan ekonomi
  2. Pemerkasaan sistem politik yang bersih
  3. Memastikan keharmonian dan keadilan antara kaum
Kelvin Yii calon DAP di Parlimen Bandar Kuching

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

PAS Sarawak barangkali parti paling menonjol pada musim “pilihanraya orang muda” kali ini, kerana calon mereka iaitu Hamdan Sani merupakan yang paling muda di kalangan calon parti lain. Hamdan, yang berusia 31 tahun akan bertanding di Parlimen Petra Jaya dalam perlawanan tiga penjuru menentang BN dan PKR.

Selain beliau, calon PAS di Parlimen Kota Samarahan juga merupakan susuk muda, iaitu Ustaz Zulkipli Ramzi yang berumur 40 tahun.

Hamdan Sani, 31

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker