Sukan

Mourihno: Saya Mahu Pujian Beli Salah, Bukan Menjualnya

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau dipuji kerana mendapatkan Mohamed Salah ketika di Chelsea, tetapi tidak ketika melepaskannya.

Salah berpindah ke kelab Chelsea pada tahun 2014 dari Basel, namun gagal untuk menyinar. Itu menyebabkan pemain dari Mesir itu dipinjamkan kepada Fiorentina dan Roma dan kemudiannya dibeli oleh Roma dengan harga €15 juta (RM70 juta)

“Orang ramai berkata bahawa saya yang menjual Salah tetapi ia adalah sebaliknya,” ujar Mourinho.

“…Sayalah yang membeli Salah. Saya yang menyuruh Chelsea untuk mendapatkan Salah. Kerana sayalah Salah datang ke Chelsea,” tambahnya lagi.

Image result for mourinho salah

“Kami memutuskan untuk meminjamkan kepada kelab lain, dan dia juga memintanya juga. Dia mahu bermain, mahu berkembang, dia mahu dipinjamkan dan kami meminjamkannya kepada Fiorentina, dan di sana dia berkembang.”

Setelah beberapa tahun,Salah dan seorang lagi bekas pemain ciciran Chelsea, Kevin De Bruyne kini menjadi pemain terbaik England, dan Mourinho mahukan pujian kerana berjaya membawa pemain sayap Liverpool itu ke Chelsea, dia mendakwa kelab itu yang bertanggungjawab kerana menjualnya.

“Chelsea yang memutuskan untuk menjual dia (Salah), ok?

“Jadi percakapan bahawa saya yang menjual dia adalah tidak benar. Saya membeli dia. Saya yang bersetuju meminjamkannya, saya rasa ia adalah penting, saya rasa Chelsea telah mempunyai pemain sayap…masih ada yang tinggal di sana seperti Willian, Hazard, dan mereka semua kini bermain di peringkat yang lebih tinggi.”

Bagi Salah, dia jarang diberi peluang untuk bermain di Stamford Bridge, hanya bermain 7 perlawanan.

Walaupun itu sudah semetinya agenda Mourinho, tetapi bos the Red Devil itu menegaskan bahawa dia tidak bertanggungjawab ke atas penjualan Salah.

Image result for mourinho salah

“Saya yang membeli Salah, saya tidak menjual dia, tetapi itu tidak penting. Apa yang penting adalah beliau seorang pemain yang hebat dan saya gembira di atas segala yang terjadi dengannya, lebih-lebih lagi kerana dia menjaringkan gol menentang semua orang, tetapi tidak ketika menentang kami di dalam dua perlawanan.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker