Events

Jom Meriahkan Suasana Di Malaysian Food Carnival, Putrajaya

 Malaysian Food Carnival

Tempat: Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 27 – 29 April 2018
Masa: 10 pg  – 10 mlm

Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya bersama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Malaysian Food Carnival. Bakal menggegarkan hujung minggu anda pada 27, 28 & 29 April 2018 bersama penampilan selebriti popular tanah air dan pelbagai aktiviti menarik, temui karnival makanan ini di perkarangan Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan pesta makanan terbesar tahun ini!


Pesta Buku Antarabangsa KL 2018

Tempat: PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 27 April – 9 Mei
Masa: Isnin – Khamis (10 pg – 7 ptg) | Jumaat – Ahad & Cuti awam (10 pg – 9 mlm)

Pesta Buku Antarabangsa KL anjuran Kementerian Pendidikan adalah pesta buku terbesar untuk peminat buku di luar sana. Penerbit dari seluruh dunia bergabung di pesta ini setiap tahun untuk mempamerkan buku-buku terkini dan juga yang lama. Selain itu, pengunjung juga dapat menyaksikan beberapa pelancaran buku baharu, seminar, konvensyen dan lain-lain.


Bazaar SoukKita2

Tempat: Mukha Cafe, TTDI
Tarikh: 29 April 2018
Masa: 10 pg – 6 mlm

Sebagai usaha untuk meraih dana untuk kanak-kanak yang menghidap kanser dan penyakit jarang jumpa di Unit Onkologi Pediatrik UMMC, Mukha cafe, eYHY Network bersama sokongan Craft Origin Specialty Coffee Brewer bakal menganjurkan SoukKita. Bazaar SoukKita edisi kedua ini menawarkan pelbagai gerai yang menjual batik, pakaian, barang kemas, permainan, produk rumah, seni etnik, barangan terpakai dan banyak lagi.


BLAM: Betul-betul Local Art Market

Tempat: The School, Jaya One
Tarikh: 28 – 29 April 2018
Masa: 10 pg – 9 mlm

BLAM adalah platform yang dilancarkan khas untuk bakat-bakat tempatan, artis, pereka, pemuzik, tukang kayu dan semua yang terlibat dalam mencipta seni kreatif. Acara ini merangkumi pelbagai aktiviti termasuk bazaar, bengkel, demonstrasi seni, makanan, pameran, busking dan banyak lagi.


BoboKL presents: International Jazz Day Jam

Tempat: BoboKL
Tarikh: 29 April
Masa: Mula dari 8 mlm
Sempena Hari Jazz Antarabangsa, BoboKL membawa kepada anda barisan pemuzik dan penyanyi jazz terbaik di KL untuk membuat persembahan sepanjang malam. Antara artis tersebut adalah David Gomez dan Junji Delfino & Friends. Ikuti rentak jazz bersama pemuzik-pemuzik berbakat ini.
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker