MalaysiaPolitikTempatan

Jom Kenali Calon Muda PRU-14 Di Sabah

Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia yang berkeluasan 73,613 kilometer persegi. Saiz yang signifikan itu menjadikan ia sebagai negeri ketiga yang paling banyak bilangan kerusi dalam Parlimen (25 kerusi) selepas Sarawak (31) dan Johor (26).

Oleh sebab kepentingan negeri itu dalam mencorakkan politik tanah air, maka hampir setiap parti di sana mempertaruhkan calon-calon muda mereka bagi membawa aspirasi belia. Dalam siri ini, Toodia akan membawakan pembaca mengenali “pucuk muda” dari setiap parti yang akan bertanding di PRU-14 ini dan memahami aspirasi serta agenda mereka.

Barisan Nasional (BN)

Di pihak parti Barisan Nasional, terdapat beberapa calon muda bawah 45 tahun yang akan dipertandingkan, termasuk: –

  1. Yamani Hafez Musa, 41 (Parlimen P178 Sipitang)
  2. Arthur Kurup, 38 (Parlimen P182 Pensiangan)
  3. Ewon Benedict, 35  (DUN N07 Kadamaian)
  4. Ceaser Mandela, 27 (Parlimen P174 Penampang)
  5. Jamawi Jaafar, 39 (DUN N036 Kemabong)
  6. Dr. Pamela Yong, 42 (DUN N16 Luyang)
  7. Chan Tzun Hei, 35 (DUN N45 Elopura)
  8. Lui Suh Fui, 37 (DUN 57 Sri Tanjong)
  9. Lim Ting Kai, 35 (DUN N58 Merotai)

Agenda perjuangan mereka dapat disimpulkan melalui ucapan Ketua Pemuda BN Sabah, Yamani Hafez Musa yang merumuskan tiga matlamat utama Pemuda di Sabah, iaitu: –

  1. Memperkasa dan memantapkan sistem ekonomi di Sabah.
  2. Menjulang perkara berkaitan hak rakyat Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  3. Memantapkan keakraban dan keharmonian sesama kaum.
  4. Memperluaskan kemudahan telekomunikasi.
  5. Menyediakan dan menambahbaik kemudahan infrastruktur Sabah.
Yamani Hafez Musa, Ketua Pemuda BN Sabah

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Di pihak PKR Sabah, terdapat sekurang-kurangnya 2 orang calon muda, iaitu: –

  1. Raymond Ahuar, 33 (Parlimen P182 Pensiangan)
  2. Chrisnadia Sinam, 35 (Parlimen P170 Tuaran)

Agenda PKR melibatkan belia dapat dilihat melalui manifesto mereka yang antaranya menekankan tentang kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pembangunan infrastruktur serta pemerkasaan ekonomi.

Democratic Action Party (DAP)

Parti DAP di Sabah meletakkan tiga orang calon muda seperti berikut: –

  1. Phoong Jin Zhe, 29  (DUN Luyang)
  2. Noorita Sual, 38 (Parlimen P181 Tenom)
  3. Chan Foong Hin, 40 (Kota Kinabalu)

Sewaktu mengulas mengenai agenda mereka, Yeo Yan Yin iaitu Pegawai Kempen DAP Sabah memberitahu Toodia bahawa DAP memberi fokus kepada tiga teras utama: –

  1. Memodenkan dan menambahbaik infrastruktur di Sabah terutama sistem pengangkutan awam.
  2. Mewujudkan lanskap politik yang lebih sihat dan adil (new politics new hope).
  3. Mewujudkan peluang agar suara orang muda di Sabah dapat disampaikan dan didengari.
Phoong Jin Zhe yang mewakili parti DAP di Sabah

Parti WARISAN

Parti WARISAN telah mempertandingkan lapan orang calon muda bawah 45 tahun. Menurut En. Anwar bin Hamzah iaitu Timbalan Pengurus Parti Warisan Sabah, dalam temubual eksklusif bersama Toodia, beliau memaklumkan bahawa calon-calon muda parti itu termasuklah: –

  1. Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29 (DUN N11 Kiulu)
  2. Dato’ Mohd Azis bin Jamman, 44 (Parlimen P171 Sepanggar)
  3. Chong Chin Beng, 30-an (DUN N2 Tanjung Kapor)
  4. Sharifudin bin Hattar, 30-an (DUN N58 Merotai)
  5. Mohd Ismail bin Ayub, 30-an (DUN N48 Sukau)
  6. Abdul Salim bin Hijar, 40-an (DUN N56 Apas)
  7. Norazliah binti Arip, 30-an (DUN N51 Kunak)
  8. Andi Rosdiana binti Andi Paladajari, 40 (DUN N55 Balung)
Jo-Anna Sue Henley Rampas, yang dipertandingkan di DUN N11 Kiulu

Sewaktu mengulas mengenai aspirasi parti WARISAN, beliau menjelaskan bahawa kemajuan belia di Sabah merupakan sebahagian dari matlamat utama perjuangan. Ini termasuklah dari aspek: –

  1. Meningkatkan peluang pekerjaan di Sabah.
  2. Menambahbaik sistem pendidikan di Sabah, terutama mengenai kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai modul dalam mata pelajaran sejarah.
  3. Menambahbaik prasarana di Sabah terutama di kawasan luar bandar.

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Parti PAS turut mencalonkan ikon bawah 45 tahun di beberapa Parlimen dan DUN di Sabah, termasuklah: –

  1. Ustaz Zulzaiem Hilmee, 30-an merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (Parlimen P173 Putatan)
  2. Adzmin Awang, 30-an (DUN N8 Usukan)
  3. Jumaidin Lakalla, 26 (DUN N47 Kuamut)
Ustaz Zulzaiem Hilmee, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Bercakap mengenai agenda PAS Sabah yang melibatkan golongan belia, Toodia dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Ustaz Mohd Aminuddin bin Aling bahawa parti itu menekankan tiga aspek utama iaitu: –

  1. Memperkasakan agama Islam: Ini melibatkan program penghayatan dan pemerkasaan di kalangan belia Islam di Sabah.
  2. Pembangunan ekonomi: Ini termasuklah memudahkan belia Sabah memiliki kereta, rumah dan berkahwin.
  3. Memperkukuhkan sistem pendidikan: Ini termasuk menyediakan mekanisma bagi memansuhkan pinjaman PTPTN

 

 

Pemilihan calon muda sebagai pemimpin rakyat bukanlah sebuah fenomena yang baru. Barrack Obama misalnya dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) sewaktu berumur 44 tahun. Begitu juga dengan Tony Blair dan David Cameron yang masing-masing berumur 43 tahun sewaktu memimpin Britain sebagai Perdana Menteri.

Kemenangan calon-calon muda di AS dan Britain ini, menurut pandangan Prof Mohd Fuad Mad Jali (Majlis Profesor Negara)  dalam jurnal berjudul “Kerelevanan Calon Muda Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14”  adalah kerana: –

…Didukung oleh pengundi muda yang ingin melihat perubahan dasar berlaku di dalam negara.”

 

Nota: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara tidak meletakkan calon di Sabah

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker