Teknologi

Iron Spider Akan Ke PS4

Satu kostum istimewa telah diumumkan untuk watak Spiderman di dalam permainan video PlayStation 4, Marvel’s Spider-Man.

Bersempena filem terbaru Marvel Studios, Avenger: Infinity War, Sony dan Insomniac telah mengumumkan bahawa kostum terbaru Spiderman, Iron Spider akan disertakan di dalam permainan ini.

Kostum ini boleh didapati di dalam Spider Suit Pack yang boleh dimuat-turun melalui DLC (Download Content) untuk pembeli pra-pesanan.

Selain kostum Iron Spider, Insomniac juga telah mengumumkan kostum Spider-Punk sebelum ini.

Iron Spider dan Spider-Punk merupakan 2 dari 3 kostum yang diberikan di dalam Spider Suit Pack manakala kostum ke-3 akan diumumkan Julai nanti.

Kesemua kostum ini memberikan kelebihan dan kuasa istimewanya tersendiri.

Bagi pembeli pra-pesanan, selain Spidey Suit Pack, pembeli akan menerima Skill Points, dapat menggunakan gajet Spider Drone lebih awal serta percuma tema homescreen PlayStation dan avatar PSN Spider-Man.

Marvel’s Spider-man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk PlayStation 4 secara eksklusif akan dikeluarkan pada 7 September 2018.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker