HiburanTempatan

Festival KL Jamm Bakal Gegarkan Industri Muzik Negara

Mulai 26 April tahun hadapan sebuah festival muzik bertaraf antarabangsa bakal diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatukan artis-artis antarabangsa dan juga tempatan.

Pengerusi KL Jamm, Dato’ Norman Abdul Halim berharap menerusi festival ini, Malaysia mampu menjadi salah satu bandar yang setaraf dengan bandar hiburan terkenal di beberapa negara lain.

“Terdapat banyak festival muzik antarabangsa tahunan di seluruh dunia dan sudah tiba masanya Kuala Lumpur melancarkan acara yang menarik seperti ini,” katanya.

Selain itu, KL Jamm juga telah mendapat sokongan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak yang terlibat untuk sama-sama menjayakan program tersebut.

KL Jamm diharapkan dapat menjadi platform untuk menonjolkan bakat tempatan di mata dunia menerusi media tempatan dan antarabangsa.

Festival perdana ini bakal berlangsung selama tiga hari dari 26 hingga 28 April 2019 dan akan menyaksikan persembahan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur untuk ribuan peminat muzik dari serantau Asia Pasifik.

Selain itu, festival ini menghubungkan seramai 200 artis tempatan dan antarabangsa, 50 panel untuk simposium muzik, 100 pempamer untuk ekspo muzik dan 50 wakil daripada media luar.

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker