Antarabangsa

Amnesty: Twitter Tidak Mesra Wanita

Ramai wanita telah menggunakan hashtag #MeToo di media sosial Twitter bagi menyuarakan kisah gangguan seksual yang dialami, namun masih ramai yang berasa mereka tidak boleh meluahkan perasaan dengan bebas tanpa dikecam dan diganggu.

Pelbagai bentuk ancaman mereka terima termasuklah “doxing” di mana maklumat peribadi mereka seperti alamat rumah, nama-nama anak dan alamat tempat kerja telah dibocorkan kepada orang ramai. Selain itu, terdapat beberapa pihak yang sanggup memuat naik gambar mereka tidak berbaju.

“Ramai wanita telah menerima ancaman bunuh di Twitter, ancaman rogol dan perkataan-perkataan berbaur lucah,” kata Azmina Dhrodia, seorang penyelidik di Amnesty International dan juga penulis laporan #ToxicTwitter.

Tambahnya lagi, jika Twitter membenarkan ancaman ini berlaku terhadap wanita, maka mangsa yang mengalami gangguan seksual akan terus menyendiri.

Pada Oktober tahun lepas, syarikat tersebut telah berjanji untuk menguatkan lagi peraturan mereka tentang gangguan seksual di laman sosial berkenaan dengan mengenakan denda yang lebih tegas ke atas perbuatan salah laku.

Laporan dari Amnesty International juga mendapati ahli politik wanita di Twitter dikritik lebih teruk mengenai penampilan dan status perkahwinan mereka berbanding rakan-rakan lelaki. Mereka juga tiga kali ganda lebih cenderung menerima komen yang seksis.

Pihak Twitter berkata dalam tempah 16 bulan yang lalu pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan keselamatan. Menurut Amnesty, pihak Twitter berkata mereka “tidak boleh membuang kebencian dan prasangka daripada masyarakat.”

“Kami bukan meminta mereka untuk menyelesaikan segala masalah di dunia. Kami meminta mereka membuat perubahan yang tetap untuk betul-betul menunjukkan gangguan dan ancaman terhadap wanita tidak dialu-alukan di Twitter,” kata Dhrodia.

Twitter mempunyai beberapa ciri bagi menghalang atau block pengguna lain yang tidak diingini. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan untuk tidak melihat perkataan tertentu dan juga boleh membuat laporan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker