Gaya HidupPercutian

Terowong WW2 Jadi Tarikan Pelancongan Sabah

Empat terowong yang digunakan ketika Perang Dunia ke-2 telah dikenalpasti di dalam dan sekitar kawasan Kota Kinabalu dan dirancang untuk dibangunkan menjadi tarikan pelancong.

Pelancongan

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sedang mencari tapak baru yang berpotensi untuk menjadi produk pelancongan dan terowong yang terletak di belakang Dewan Komuniti Kota Kinabalu dan di bukit-bukit Kampung Kopungit itu adalah tinggalan yang sesuai.

Ketua Pengarahnya, Datuk Joannes Solidau berkata, usaha berterusan perlu dilakukan untuk menemui tapak bersejarah kerana Kota Kinabalu tidak mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati pelancong.

“Terowong ini adalah antara yang paling berpotensi untuk pembangunan kerana mereka tidak jauh dari pusat bandar, jadi ia agak strategik.

“Selain itu, pemandangan dari Bukit Kopungit tidak ternilai kerana ia menghadap ke bandar dan Tanjung Aru, sampai ke Penampang.

“Apabila pelancong datang ke sini, mereka bukan hanya melihat terowong bersejarah tetapi mereka juga akan menikmati pemandangan yang menarik,” kata Joannes.

Kedua-dua terowong di Bukit Kopungit adalah antara 50 hingga 60 kaki panjang. Jalannya agak mencabar dan memerlukan penyelenggaraan sebelum dibuka kepada pelawat untuk memastikan keselamatan terjamin.

Terowong terbesar

Terowong kedua di Bukit Kopungit adalah yang terbesar daripada empat yang diperiksa. Ia cukup besar bagi orang ramai untuk berdiri di dalamnya.

Terowong ini digunakan oleh orang Jepun dalam Perang Dunia II sebagai perlindungan, dan terowong yang lebih besar menyediakan ruang yang lebih luas di mana mereka mendirikan hospital bawah tanah.

“Bagaimanapun, disebabkan hakisan tanah, agak sukar untuk mendapatkan bentuk asalnya dan kerja penyelenggaraan diperlukan untuk menjadikan terowong ini sebagai tapak sejarah yang tepat.

“Kami akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pelancongan Sabah untuk menentukan pendekatan terbaik untuk tarikan-tarikan ini di mana kami akan membincangkan pembiayaan untuk projek ini,” kata Joannes.

Menurut Borneo Post, tiada laporan mengenai artifak WWII yang dijumpai di dalam terowong terbabit kerana ia hanya digunakan untuk tujuan perlindungan.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan ketiadaan artifak kerana terowong itu telah lama wujud dan penduduk tempatan mungkin telah menemuinya terlebih dahulu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker