Bisnes & EkonomiTeknologi

Rahsia Kejayaan Syarikat Amazon

Pada peringkat permulaan syarikat Amazon, pengasasnya Jeff Bezos mengenakan peraturan di mana setiap kumpulan pekerja di syarikatnya adalah tidak besar dan boleh diberi makan dengan hanya dua kotak piza.

Menurutnya, kumpulan pekerja yang kecil tidak membuang masa untuk membuat jadual bagi menguruskan kerja maka menggunakan masa mereka untuk perkara yang lebih penting dan perlu diselesaikan dengan cepat.

KONSEP FLYWHEEL

Peraturan ini bukanlah satu-satunya kaedah yang membawa kepada kejayaan Amazon. Syarikat ini mengenakan konsep flywheel di mana idea yang diusahakan dapat memberi hasil pulangan yang lebih banyak dalam jangka masa yang panjang.

Dengan konsep ini mereka dapat mengatasi pesaing dan merebut peluang baru untuk perkembangan syarikat.

AWS

Contoh terbaik penggunaan konsep ini adalah apabila Amazon mencipta AWS yang dahulunya dipanggil Amazon Web Services.

Ia menawarkan perkhidmatan Cloud Computing atau pengkomputeran awan untuk penggunaan di dalam syarikat serta untuk kegunaan syarikat lain. Ini termasuk syarikat saingan seperti Netflix dan Tesco.

Dengan menggunakan AWS, jika bahagian pemasaran memerlukan data bagi membantu mereka menggunakan kaedah terbaik untuk menjual sesuatu produk, mereka hanya perlu merujuk kepada papan pemuka analitik di AWS untuk mendapatkannya.

Dengan melihat kecekapan teknologi tersebut, Amazon telah menawarkan perkhidmatan yang sama kepada syarikat lain.

AWS kini menyumbang 10% kepada keuntungan keseluruhan syarikat tersebut.

Amazon Market Place

Flywheel kedua adalah apabila Amazon Marketplace dilancarkan pada tahun 2000 dan membenarkan pihak ketiga untuk membuka ‘kedai’ mereka di laman e-dagang Amazon.

Ciri tersebut telah berkembang sejak beberapa tahun lalu dan menjadikan Amazon destinasi pertama pengguna untuk membeli apa-apa sahaja barang yang dikehendaki.

Dengan itu, Amazon dapat mengembangkan lagi sektor baharu tanpa mengambil pekerja lebih.

Dalam pada itu, Amazon juga telah mendapat perhatian sebagai pelopor industri e-dagang disebabkan algoritma cadangan mereka yang penuh berkuasa.

Konsep flywheel ketiga yang telah diaplikasikan kepada syarikat itu adalah kecerdasan buatan yang dihasilkan.

Menggunakan kecerdasan buatan mereka, wujudlah produk seperti Amazon Alexa and Amazon Echo.

Data yang diperoleh daripada kedua-dua produk ini dapat menghasilkan produk lain yang lebih unggul kerana teknologi pembelajaran mesin secara amnya boleh digunakan semula di semua aspek di dalam syarikat itu.

Dengan menggunakan konsep flywheel, Amazon berjaya menjadi lebih efisien, menceburi bidang baharu dan membuka laluan untuk lebih banyak penyelidikan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker