Bisnes & EkonomiFesyen

FashionValet Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Platform e-dagang popular, FashionValet, telah mengumumkan perancangan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ketua pegawai kreatif, Vivy Yusof berkata rancangan untuk penyenaraian memang sudah ada tetapi akan mengambil tempoh beberapa tahun sebelum direalisasikan.

Rancangan itu adalah susulan penutupan pelaburan Siri C dana kedaulatan Khazanah Nasional Bhd.

Vivy berkata FashionValet sedang merancang untuk mengembangkan lagi pasaran fizikal dan penembusan digital yang lebih luas.

“Sekarang ini, keutamaan kami adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya lagi, dana daripada Khazanah dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Kini, FashionValet telah beroperasi selama 8 tahun dan menawarkan lebih daripada 300 jenama fesyen di laman e-dagangnya dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari lebih daripada 15 negara, termasuk Singapura, Brunei, UK, AS, Timur Tengah dan Australia.

Selain itu, syarikat itu juga telah menubuhkan beberapa kedai fizikal yang terletak di Pavilion, Bangsar Village II, Singapura dan Brunei.

Sejak dua tahun lalu keuntungan FashionValet telah meningkat tiga kali ganda atas bimbingan pengasasnya, Faszarudin dan Vivy.

“Saya berasa teruja kerana dapat menyumbang kepada industri fesyen di Malaysia. FashionValet telah lama berusaha untuk membantu jenama tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa, dan saya yakin jenama-jenama di Malaysia berpotensi untuk melakukan sebegitu,” kata Vivy.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker