AntarabangsaBudaya

Ecuador, Julian Assange Dan Islam Di Sana

Dalam banyak-banyak negara di benua Amerika Selatan, tidak keterlaluan jika mengandaikan bahawa Ecuador yang paling kontroversi dalam era moden ini. Apa tidaknya, mereka satu-satunya negara yang bersetuju membenarkan “musuh pihak Barat” iaitu Julian Assange (pengendali Wikileaks) untuk “menyorok” di premis kedutaan mereka di London.

Julian Assange di Kedutaan Ecuador di London

Namun tahukah anda, di sebalik kontroversi itu, Ecuador sebenarnya turut membenarkan komuniti Islam “menyorok” dengan sejahtera di dalam negara itu.

Untuk itu, mari kita kenali Islam di Ecuador; sebuah negara yang sangat terbuka dan toleran.

ISLAM DI ECUADOR

Sejarah kedatangan Islam ke Ecuador dapat dijejaki melalui penghijrahan komuniti Arab dari Mesir, Syria, Palestin dan Lubnan ke negara itu pada sekitar kurun ke-19. Waktu itu – yakni pada era Uthmaniah – semua imigran itu menggunakan passport Turki. Oleh itu, warga ECuador “pukul rata” dan menggelarkan imigran Arab ini sebagai orang Turki.

Bukti sikap toleransi warga Ecuador terhadap Islam dapat dilihat melalui aktiviti ceramah antara agama yang kerap dijalankan. Foto merakamkan program pengenalan terhadap Islam di Catholic University,Ecuador pada 27 April 2012

Kebanyakan mereka menjadikan kawasan-kawasan tumpuan perdagangan di seluruh Ecuador sebagai penempatan, bersesuaian dengan sifat semulajadi mereka yang pandai berdagang dan berniaga. Kawasan itu termasuklah: –

  1. Quito
  2. Guayaquil
  3. Esmeraldas
  4. Los Rios
  5. Manab

PUSAT KOMUNITI DAN AGAMA ISLAM

Di Ecuador, organisasi agama Islam pertama dan terbesar yang didaftarkan secara rasmi adalah Centro Islámico del Ecuador. Diasaskan pada tahun 1994, pusat ini menerima orang Islam dan bukan Islam dan menjadi pusat bukan sahaja untuk tujuan keagamaan tetapi juga untuk aktiviti sosial-budaya dan pendidikan.

Di samping itu, terdapat pusat-pusat Islam serta masjid-masjid di seluruh Ecuador, dan antara yang terkenal termasuklah: –

  1. COPEI Islamic Center di Quito
  2. Asociacion Islamica Cultural di Quito
  3. Masjid Comunidad Musulmana Ahmadia Ecuador di Quito
  4. Masjid Khaled Ibn Elwaleed di Quito
  5. Masjid Centro Islámico di Guayaquil
Masjid besar di Paramibo, Ecuador

MAKANAN HALAL DI EcUADOR

Apakah agaknya yang dinikmati oleh komuniti muslim di sana?

Bersesuaian dengan susur galur Arab, maka terdapat banyak restoran Arab di Ecuador, terutama di Quito yang menyediakan makanan halal.

Begitu juga bagi komuniti muslim yang memasak di rumah, Ecuador sebagai negara beriklim tropika menyediakan produk daging, ikan dan buah-buahan yang pelbagai jenis, dan ini semestinya menjadikan waktu makan warga muslim di sana cukup meriah.

Oh ya, Euador juga merupakan negara pengeksport ikan tuna saiz mega yang dominan, bahkan industri itu merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada hasil bukan minyak negara Ecuador. Ini sudah pasti membuatkan warga muslim di sana bertambah berselera menjamah hidangan berasaskan tuna yang enak dan berisi manis!

Peniaga menjual ikan tuna saiz sederhana di pasar Manta, Ecuador
Nelayan Ecuador menaikkan hasil tangkapan yang bersaiz mega; ikan tuna
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker