Isu SemasaTempatan

Raja Salman Bakal Lancar ‘Bandar Raya Hiburan’

Arab Saudi bakal melancarkan “bandar hiburan” yang terletak berdekatan ibu kota Riyadh sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mepelbagaikan lagi sumber negara.

Raja Salman dijadualkan untuk melancarkan pembinaan projek seluas 334 kilometer persegi di bandar Qiddiya, yang dikatakan mampu menyaingi taman tema Disneyland.

Namun, terdapat sedikit kelewatan dalam melancarkan projek Qiddiya. Menurut Saudi Press Agency, Raja Salman bakal merasmikan projek tersebut pada hari Sabtu depan.

Pembinaan fasa pertama akan merangkumi beberapa taman tema, taman safari serta kemudahan untuk sukan bermotor, dan ia dijangka siap pada 2022.

Menurut pegawai projek, Fahd bin Abdullah Tounsi, kemudahan ini menyerlahkan usaha gigih kerajaan untuk membangunkan projek gergasi yang dapat membantu ekonomi secara langsung dan tidak langsung.

Pegawai eksekutif Qiddiya, Micheal Reininger telah berkata projek tersebut bakal menarik perhatian ramai pelabur asing.

Selain Qiddiya, kerajaan negara telah mendedahkan cetak biru untuk membina NEOM, sebuah projek mega seperti Silicon Valley dan juga projek Read Sea yang merupakan sebuah destinasi peranginan terumbu karang. Kedua-dua projek ini dianggarkan bernilai ratusan bilion dolar.

Projek-projek ini adalah gagasan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga merupakan arkitek program pembaharuan ‘Visi 2030’.

Pembaharuan ini bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dalam industri hiburan disebabkan kemorosotan minyak negara itu sejak 2014.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker