AntarabangsaTechnology

Mahkamah AS: Monyet ‘Naruto’ Tidak Boleh Saman

Sebuah gambar yang memperlihatkan seekor monyet Sulawesi berswafoto telah tular di Internet pada tahun 2011.

Perihal monyet

Menurut jurugambar David Slater, beliau meletakkan kameranya di permukaan tanah di hutan dan seekor monyet yang telah diberi nama Naruto mengambil kamera itu dan menangkap gambarnya sendiri.

Gambar tersebut telah mendapat perhatian orang ramai, termasuk organisasi hak asasi haiwan PETA.

Undang-undang

PETA telah memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap Slater dan sebuah syarikat terbitan sendiri pada 2015 dengan mendakwa Slater telah melanggar hak cipta Naruto dengan menerbitkan buku Wildlife Personalities yang mencetakkan gambar swafoto yang popular itu.

Sejak itu pertempuran undang-undang telah berlangsung mengenai pihak mana yang mempunyai hak cipta di atas gambar berkenaan, sama ada haiwan tersebut atau jurugambar yang memiliki kamera itu.

Mahkamah rayuan Amerika Syarikat telah memutuskan bahawa monyet tersebut tidak mempunyai statutory standing yang bermaksud ia tidak mempunyai hak untuk mengemukakan tuntutan mahkamah kerana Akta Hak Cipta dengan jelas tidak membenarkan binatang untuk memfailkan tuntutan pelanggaran hak cipta.

Dalam satu kenyataan, PETA berkata monyet itu telah didiskriminasi semata-mata kerana ia bukan manusia.

PETA telah memberi pendapat bahawa monyet tersebut adalah pemilik sah atas kesemua gambar yang diambil.

Tetapi hakim mahkamah persekutuan di San Francisco telah memutuskan pada Januari 2016 bahawa undang-undang hak cipta tidak boleh digunakan oleh haiwan.

Susulan itu, peguam Naruto dan Slater telah mengumumkan bahawa Slater bersetuju untuk mendermakan 25% daripada pendapatan yang diperoleh dari gambar tersebut kepada badan amal yang melindungi dan menjaga Naruto dan spesies sepertinya di Indonesia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker