AntarabangsaBudaya

Chile: Antara Patung Easter Yang Misteri Dan Komuniti Muslim Yang Bijak Bergaul

Nama negara Chile – yang mirip dengan buah cili yang pedas – sebenarnya berasal dari perkataan kaum Aymara “Chilli” yang bermaksud “di penghujung dunia”. Kaum Aymara merupakan kaum Chile purba yang mendiami banjaran Andes di Amerika Selatan.

Walaupun seakan tenggelam dari radar, negara Chile sebenarnya menempatkan banyak keajaiban dunia termasuk patung-patung misteri di Pulau Easter dan itu melayakkan Chile tersenarai dalam UNESCO World Heritage Center.

Patung “misteri” di Pulau Easter, Chile

Namun begitu, Chile juga sebenarnya menempatkan sekumpulan masyarakat Islam dan mereka ini mencerminkan kejayaan komuniti Islam untuk bergaul di benua Amerika Selatan yang majoriti dihuni kaum Kristian

ISLAM DI CHILE

Asal-usul Islam di Chile tidak begitu jelas. Namun ada sejarah menyatakan bahawa pada tahun kurun ke-18, terdapat sekitar 60 orang Islam berketurunan Turki Uthmaniyah yang menetap di  utara Chile termasuk Tarapacá, Atacama, Valparaiso, dan Santiago. Mereka ini merupakan imigran yang berperanan menyebarkan agama Islam ke seluruh negara Chile.

Menurut Fuad Musa, pengendali Pusat kebudayaan Islam Chile, beliau menganggarkan bahawa pada masa kini terdapat lebih kurang 30,000 warga muslim di seluruh negara itu.

Mereka dinaungi oleh beberapa institusi dan kesatuan berteraskan Islam, termasuk Pusat Kebudayaan Islam Chile. Di samping itu, institusi lain yang berpengaruh termasuklah: –

  1. Muslim Society of Chile yang turut menempatkan Masjid As-Salam di Santiago, Chile (Sociedad Musulmana de Chile y Mezquita As-Salam)
  2. Masjid Bilal ( Mezquita Bilal) di Iquique
  3. Mohammed VI Cultural Center (Centro Cultural Mohammed VI) di Coquimbo
  4. Kesatuan Islam Sunni di Chile (Comunidad Islam Sunni Chile)
  5. Ahmadiyya Muslim Community Chile
Masjid Coquimbo di Chile yang tersergam indah

 PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP KOMUNITI ISLAM CHILE

Warga Islam Chile hidup bersama masyarakat lain dengan penuh harmoni dan bertoleransi. Ini dapat dilihat melalui penerimaan terhadap komuniti mereka, apabila seringkali wakil dari komuniti Islam diundang ke majlis-majlis dialog bersama anggota komuniti dari pelbagai latar belakang agama.

Komuniti Islam di Chile penerima penghormatan berbuka puasa di Kediaman Presiden Chile pada tahun 2017
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker