AntarabangsaIsu Semasa

Pemandu Teksi Motosikal Indonesia Bantah Harga Tambang Rendah

Pada Isnin, kira-kira 1,500 pemandu teksi motosikal Indonesia yang bekerja untuk syarikat-syarikat e-hailing seperti Grab dan Go-Jek telah mengadakan protes besar-besaran di luar bangunan parlimen Jakarta.

Memetik laporan Reuters, demonstrasi tersebut diadakan bagi membantah tambang atas talian yang terlalu rendah serta menggesa syarikat e-hailing untuk mengetatkan lagi peraturan untuk menjaga kebajikan pemandu dengan lebih baik.

“Perlu ada perlindungan undang-undang dan sosial untuk pemandu ‘ojek’ yang merupakan sebahagian daripada tenaga kerja negara,” kata pemandu Grab dan Go-Jek dalam satu kenyataan.

Perkataan ‘ojek’ merujuk kepada motor yang dijadikan sebagai teksi.

Difahamkan, syarikat e-hailing di Indonesia telah mengurangkan harga tambang untuk pengangkutan kenderaan, motosikal, dan pelbagai lagi perkhidmatan lain untuk bersaing mendapatkan pelanggan.

Kementerian Pengangkutan juga telah mengklasifikasikan Grab dan Go-Jek sebagai syarikat pengangkutan, bukan teknologi.

Ini bermakna bahawa kedua-dua syarikat tersebut tertakluk di bawah undang-undang yang sama seperti syarikat teksi dan bas yang biasa, tetapi mereka perlu membayar kos operasi yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, ketua pengarah pengangkutan darat daripada kementerian, Budi Setyadi berkata, masih tiada rancangan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut kepada teksi motosikal.

“Berkenaan dengan tarif (tambang), ia bergantung kepada sesebuah syarikat itu sendiri (untuk menetapkannya),” kata Setyadi.

Menurut para pemandu, mereka mahukan tambang standard bernilai 3,000 sehingga 4,000 rupiah (RM 0.84 hingga RM 1.13) bagi setiap kilometer.

Setakat ini, Grab dan Go-Jek tidak mempunyai rancangan untuk melakukan sebarang perubahan ke atas harga tambang.

Namun Grab berkata, ia akan mengekalkan kadar tambang semasa kerana sudah mempunyai program-program lain yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti kehidupan pemandu-pemandunya.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker