Teknologi

Media Sosial Tahu Segalanya Tentang Anda – Berwaspadalah

Seorang pengguna FB berkongsi dengan The Baltimore Sun bagaimana dia boleh memuat turun data FB-nya hanya dengan menekan butang dan enam minit setelah itu, segala tentang dia dan FB terungkai.

Tricia Bishop, berkata rakannya di FB adalah sedikit kerana ia hanya terdiri daripada rakan hariannya. Malah, dia jarang meletakkan posting di FB. Namun, 70 muka surat tentang aktiviti di susur masa (timeline) FB-nya itu bermula dari dia membuka akaun pada Disember 2007 sehingga telah membuatnya kagum tetapi risau pada masa yang sama.

Tricia tergerak untuk melihat informasi tentang dirinya yang tedapat di FB setelah isu kontroversi Cambridge Analytica yang berkait dengan FB muncul tempoh hari. Jadi bagaimana jika anda juga mahu melihat data anda? Sebenarnya mudah sahaja.

  1. Pergi ke “settings” pada akaun FB anda
  2. Tekan “download a copy of your FB data”
  3. Tekan pada butang hijau “Start my Archive”
  4. Masukkan password dan tekan “Submit”
  5. Sekali lagi tekan butang “Start my Archive”
  6. FB akan menghantar data tentang anda kepada alamat email anda dalam masa beberapa hari
  7. Muat turun data dengan menekan pautan yang diberikan.

Memang mengagumkan apabila segala perkara termasuk mesej, foto dan video anda dapat diberikan. Apa yang terdapat pada “timeline activity” juga akan diberikan termasuk tarikh anda menerima seseorang itu sebagai “rakan FB”. Jika anda telah menolak¬†seseorang sebagai rakan FB juga mereka anda informasinya.

FB juga boleh memberitahu anda iklan apa yang anda pernah tekan dalam FB dan juga senarai “contacts” yang terdapat dalam telefon anda! Walau bagaimanapun, senarai ini boleh dibuang dan anda boleh menghalang FB daripada mendapatkan contacts¬†baharu pada masa akan datang dengan menekan butang “Manage Invites and Imported Contacts Page”.

FB turut mempunyai maklumat telefon apa yang anda punya serta browser apa yang anda gunakan untuk melayari FB. Persoalannya sampai bila perkara ini akan berterusan dan data anda akan dilelong?

Di Indonesia, kerajaan mereka telah memberi masa seminggu untuk FB memberi informasi bagaimana data peribadi lebih 1 juta penduduknya disalahgunakan dan mereka telah mengambil langkah waspada untuk mengendali masalah penyalahgunaan data ini.

Walaupun pihak FB telah memohon maaf secara rasmi kepada ahli parlimen Indonesia, tetapi ramai pihak masih menggesa FB yang mempunyai 115 juta pengguna dari Indonesia untuk menjelaskan bagaimana data peribadi seseorang  boleh diambil dari Cambridge Analytica melalui kuiz keperibadian (personality quiz).

Pihak kementerian mereka memohon perincian dan dokumen penyalahgunaan data termasuk adakah data tersebut telah dikongsi bersama pihak ketiga seperti CubeYou dan Aggregate IQ (Perunding Politik Kanada).

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker