AntarabangsaHiburan

Leandro Erlich, Pakar Ilusi Optik Terkenal

Leandro Erlich, seorang artis yang berasal dari Argentina, semakin mendapat perhatian ramai angkara karya seninya yang luar biasa.

Antara kelebihan karyanya yang membezakan dirinya dengan artis lain adalah ilusi optik yang digunakan.

Penampilan seni terbesarnya telah dipasang di Mori Art Museum, Tokyo baru-baru ini dan berjaya menarik seramai 400,000 pengunjung.

Projek seni yang dinamakan Building itu menggunakan cermin besar yang dipasang pada dinding bagi menghasilkan ilusi anti-graviti.

Andres Duprat, pengarah National Museum of Fine Arts di Buenos Aires berkata karya seni Erlich bukan sahaja berpengaruh dalam dunia seni, tetapi juga mampu menarik minat ramai orang awam.

Antara karya seni Elrich lain yang terkenal adalah Port of Reflections yang memaparkan perahu dayung berwarna-warni yang dilihat seakan-akan terapung di atas air tetapi realitinya tiada air yang digunakan.

Swimming Pool  pula memberi ilusi seperti berada di dalam kolam renang.

Selain itu, Elevator Maze memberi ilusi yang boleh mengelirukan para pengunjung kerana mereka tidak dapat melihat refleksi sendiri di hadapan cermin.

Elrich mencipta dan membina seni beliau di studionya yang terletak di Buenos Aires. Beliau juga mengambil beberapa tukang pembuat kraf dan pereka bagi menghidupkan visinya kepada realiti.

Hasil karyanya telah dipaparkan di beberapa bandar terkenal di seluruh dunia, termasuk New York, Paris, London, Barcelona, Madrid, Rome, Venice, Taipei, Seoul, Tokyo dan Sao Paulo.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker