FesyenGaya Hidup

Kolaborasi H&M Dan Moschino Tarik Perhatian Peminat Fesyen

Setiap tahun H&M akan melancarkan koleksi pakaian hasil kolaborasi bersama salah satu jenama mewah. Tahun ini ia telah diumumkan bahawa jenama pakaian yang telah dipilih untuk bekerjasama dengan mereka adalah Moschino.

Jeremy Scott, pengarah kreatif Moschino yang terkenal dengan rekaannya yang lain daripada lain telah mendedahkan sedikit tentang koleksinya dalam beberapa gambar yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam gambar tersebut, model terkenal Gigi Hadid dilihat memperagakan jaket berzip yang dicetak dengan imej CD dan dilengkapkan dengan kasut but berparas peha.

Menerusi kolaborasi ini, peminat Moschino dapat memiliki pakaian terkini dengan harga yang lebih berpatutan.

Menurut majalah Vogue, koleksi Moschino terdiri daripada pakaian lelaki dan perempuan dan dijual pada harga dalam lingkungan RM100 sehingga RM1,000.

Dalam satu kenyataan, Scott berkata, “Kerjaya saya adalah untuk menghubungkan orang ramai menerusi fesyen, dan dengan kolaborasi ini saya dapat mencapai lebih ramai peminat saya.”

Pengarah kreatif H&M, Ann-Sofie Johansson juga bersetuju dengan kenyataan tersebut dan berkata kolaborasi ini adalah yang terbaik untuk dunia fesyen sekarang dengan menggabungkan pop, street culture dan glamor.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker