Isu SemasaTempatan

GrabVarsity Beri Manfaat Kepada Mahasiswa

Pelajar universiti awam kini boleh merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada program GrabVarsity yang diperkenalkan oleh syarikat pengangkutan e-hailing Grab. Program yang melibatkan pelajar itu merupakan yang pertama di Malaysia.

GrabVarsity akan memenuhi keperluan pengangkutan dan akan memberi manfaat gaya hidup kepada komuniti pelajar, sekaligus membolehkan mereka mendapat peluang untuk memperoleh pengalaman kerja dan memperoleh pendapatan sampingan.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata: “Sebagai jenama tempatan, Grab komited untuk memainkan peranan dalam memacu Malaysia ke hadapan. Terdapat empat tonggak penting dalam program ini iaitu ganjaran, mobiliti, pengalaman dan pendapatan.”

Majlis pelancaran GarbVarsity di Universiti Malaya

GrabVarsity Rewards adalah progamme berasaskan pelajar dengan ganjaran eksklusif dari rakan kongsi seperti Shopee Malaysia, iflix, Photobook Worldwide, Digi dan Pizza Hut.

Mobiliti pula adalah inisiatif Grab dalam meredakan kesesakan lalu lintas di dalam dan sekitar universiti dengan mewujudkan kawasan pick-up dan drop-off yang ditetapkan sambil menyediakan kod promo eksklusif untuk acara-acara seperti konvokesyen dan perayaan.

Program ini juga menyediakan peluang pembelajaran secara langsung kepada pelajar melalui tawaran latihan di Grab Malaysia.

Manakala bagi pendapatan, pelajar boleh mengambil bahagian dalam program pemandu Grab jangka pendek, di mana mereka boleh membawa penumpang dalam kawasan kampus dan menghasilkan wang sampingan.

Semasa pelancaran program di Universiti Malaya (UM), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata program itu sesuai untuk pelajar pendidikan tinggi di mana GrabVarsity akan menangani masalah pengangkutan pelajar dan fakulti.

Idris menambah bahawa kementerian sentiasa mengalu-alukan inisiatif dari sektor swasta yang akan membantu memberi pengalaman kerja kepada pelajar untuk mengukir masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Timbalan Naib Canselor UM (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga membangunkan sistem pengangkutan di universiti.

“Kami bersyukur kerana seluruh komuniti kampus boleh mendapat manfaat daripada pembangunan ini dan saya berharap agar terdapat lebih banyak perkembangan seperti ini pada masa akan datang,” tambahnya.

Menurut The Star, GrabVarsity boleh diakses menerusi portal GrabVarsity.com dan kini boleh didapati di UM, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker