Gaya HidupMakan & Minum

Burger Ulat Alternatif Protein Terkini di Jerman

Pengguna di bandaraya Aachen di Jerman telah melangkah keluar dari zon selesa mereka dalam memakan burger apabila sebuah syarikat telah menghasilkan burger dari ulat Buffalo, yang sudah mula dijual untuk kedua-dua haiwan dan manusia.

Menurut laporan Reuters, ulat Buffalo yang sangat berkhasiat kerana kandungan protein tinggi mereka, adalah sejenis larva kumbang dan dibiakkan di Belanda.

Dihidangkan bersama dengan salad, bawang dan tomato, burger terbabit ditawarkan kepada pelanggan di pasar raya di Aachen di mana hidangan itu baru saja ditambah ke dalam rangkaian stok selepas terbukti berjaya di Belanda dan Belgium.

Manfred Roedder , seorang pelanggan yang mencuba burger itu berkata dia percaya bahawa ulat terbabit adalah alternatif yang baik untuk daging, sambil menambah: “Saya membuat tempahan pada mulanya tetapi saya mendapatkan burger yang kedua kerana ia begitu lazat sekali.”

Baris Oezel, salah seorang pengasas Bugfoundation, syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan burger terbabit, berkata beliau menghabiskan masa empat tahun untuk mengendalikan konsep itu.

Bersama rakan pengasasnya, Max Krämer, pasangan itu mendapat idea selepas melancong ke Asia Tenggara, di mana serangga adalah makanan lazim penduduk di sana.

“Ia agak mudah. Anda perlu membuat produk estetik yang kelihatan baik dan tidak menunjukkan penggunaan serangga secara jelas,” kata Oezel sambil menambah bahawa orang ramai tertarik dengan bau burger itu.

Ulat Buffalo kaya dengan sumber protein

Tetapi tidak semua orang pasti mengenai menu terbaharu itu.

“Terdapat pelanggan yang benar-benar gembira untuk mengetahui segala-galanya dan telah menantikannya selama beberapa hari,” kata Michael Reinartz, pengurus pasar raya Rewe di Aachen di mana burger itu dijual.

“Dan terdapat juga mereka yang berkata: Kamu tidak serius melakukan itu ?!”

Tetapi dilaporkan burger itu mempunyai bau dan rasa yang baik. Jadi jangan terkejut jika tidak lama lagi, burger ulat mungkin dijual di pasar raya berhampiran anda!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker