AntarabangsaIsu Semasa

Anggota Kanan Militan IS Terbunuh Di Syria?

Pihak berkuasa Indonesia sedang menyiasat beberapa laporan daripada para penyokong militan IS, yang mendakwa bahawa komander paling senior kumpulan itu di Asia Tenggara telah terbunuh oleh serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) di Syria pada minggu lepas.

Memetik laporan Reuters, komander IS yang terbunuh itu merupakan seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Bahrumsyah, dan dia dipercayai terbunuh ketika sedang mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua militan lain.

Menurut jurucakap kementerian luar Indonesia, Arrmanatha Nasir, kedutaan di Syria telah membuat pertanyaan berhubung dakwaan itu, namun masih belum mendapat sebarang pengesahan tentang kematian Bahrumsyah setakat ini.

Sementara itu, dua orang pegawai agensi anti-keganasan Indonesia yang enggan mendedahkan identitinya,  menegaskan bahawa pihak mereka mengambil serius terhadap laporan itu.

“Kami dalam proses penyiasatan,” kata salah seorang pegawai tersebut.

Beliau berkata, sekiranya laporan mengenai kematian Bahrumsyah didapati benar, ia berpotensi untuk mendorong IS melancarkan serangan balas di Indonesia.

¬†Dalam pada itu, jurucakap Pentagon, Eric Pahon menyatatakan bahawa pesawat pejuang AS melepaskan bom di “kawasan umum” di timur Syria pada hari komander IS itu dipercayai telah terbunuh, namun masih belum ada pengesahan rasmi mengenai kematiannya.

Difahamkan, Bahrumsyah juga mengetuai sebuah unit dikenali sebagai Katibah Nusantara yang mempunyai lebih daripada 100 anggota yang terdiri daripada warganegara Asia Tenggara.

Menurut penganalisis, dia turut menganjurkan pembiayaan untuk puak militan yang cuba menawan Bandar Marawi di selatan Filipina pada tahun lepas.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa laporan mengenai kematian Bahrumsyah pada 2017, tetapi penganalisis dari Institut for Policy Analysis of Conflict di Jakarta, Sydney Jones berkata, berita terbaru ini mempunyai “kredibiliti yang lebih tinggi.”

“Setakat yang kita tahu sehingga kini, dia (Bahrumsyah) merupakan warga Indonesia yang dengan pangkat yang paling di dalam IS,” kata Jones.

Ujarnya lagi, kepimpinannya dalam sebuah unit tempur yang diiktiraf oleh IS juga menunjukkan betapa pentingnya peranan beliau di dalam IS.

Berdasarkan data agensi anti-keganasan Indonesia, lebih daripada 600 rakyat negara itu, termasuk sekurang-kurangnya 166 wanita dan kanak-kanak, telah pergi ke Syria untuk menyertai militan IS.

Seramai 482 orang yang lain pula telah dihantar pulang semula ke tanah air oleh kerajaan-kerajaan luar kerana cuba menjadi anggota kumpulan tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker