Gaya HidupKecantikan

7 Trend Kecantikan Wanita Korea Untuk Tahun Ini

Wanita Korea memang terkenal dengan kulit mereka yang kelihatan ‘sempurna’ tanpa sebarang masalah. Tetapi untuk mendapatkan kulit cantik seperti mereka bukanlah senang. Di sini kami menyenaraikan 7 trend kecantikan yang digunakan oleh wanita Korea untuk tahun ini.

Face mask

Selama lebih 15 tahun, face mask telah menjadi asas rutin kecantikan untuk wanita Korea. Rawatan facial DIY di rumah diminati ramai kerana mereka tidak perlu lagi membuang masa di spa ataupun salun kecantikan.

Ceramide sebagai bahan perlindungan dari matahari

Penggunaan sunscreen adalah sangat penting dan di Korea, produk ini merupakan sebahagian daripada gaya hidup mereka.

Sementara ramai di antara kita memilih barangan yang senang didapati di kedai, trend terkini wanita Korea adalah untuk memilih produk yang mempunyai ceramide.

Ceramide adalah molekul lipid yang dapat menjaga sel-sel kulit dengan lebih baik kerana ia menguatkan lagi sel, dengan itu mencegah kehilangan kelembapan dan mempromosikan keanjalan.

DIY face mask

Kadang kala face mask tidak mampu merawat masalah kulit tertentu. Wanita Korea kini menggunakan menambah serum dan mencampurkannya dengan face mask untuk memberi rawatan yang terbaik buat kulit mereka.

Utamakan Kulit Sensitif

Disebabkan pencemaran udara yang tinggi di Korea, ramai wanita di sana mengalami masalah kulit sensitif. Oleh itu, bahan seperti ekstrak centella asiatica ataupun cica dan madecassoside sering digunakan dalam produk kecantikan di sana. Kedua-dua bahan ini dapat mengurangkan keradangan, kemerahan, dan kulit yang merengsa.

Musin siput masih popular

Ia tidak pasti bila penggunaan musin siput menjadi popular tetapi produk yang mengandungi bahan ini masih menjadi permintaan ramai kerana ia memberikan kesan anti-aging selain menghidratkan dan melegakan kulit. Bahan ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kulit, termasuk kulit kering, berminyak dan kulit bermasalah.

EGF semakin mendapat tempat

Epidermal Growth Factors (EGF) adalah kompaun kimia yang terdapat secara semula jadi dalam kulit bagi mengawal pertumbuhan sel. Dalam kata lain, ia mampu mengekalkan kesihatan kulit anda. Walaupun produk yang mengandungi bahan ini telah lama terdapat di pasaran, pada tahun ini ia semakin mendapat perhatian wanita Korea.

Alat solek dua-dalam-satu masih digila-gilakan

Jika kita lihat mana-mana produk yang berasal dari Korea, mesti anda akan terjumpa alat solek dua-dalam-satu. Antara produk tersebut adalah tint bibir yang juga boleh dipakai sebagai pemerah pipi, ataupun pelembap bibir yang juga merepukan tint bibir.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker