AntarabangsaBudaya

Venezuela: Chaves, Ratu Cantik Dan Nur Islam

Apa yang ada di Venezuela?

Barangkali inilah soalan yang diajukan saat kita mendengar nama negara ini. Sebenarnya, Venezuela ini menempatkan banyak perkara menarik, terutama berkisar mengenai politiknya yang dikontroversikan oleh pemimpin bernama Hugo Chavez. Ini termasuklah peristiwa penggulingan ke atas beliau yang gagal pada 2002,  di samping hubungan dengan Iran yang menjadikan beliau sebagai tokoh penuh sensasi di Amerika Selatan

Presiden Hugo Chaves bersama Presiden Iran Ahmadinejad pada Sept. 17, 2006

Selain Chaves, Venezuela turut terkenal sebagai negara yang paling banyak memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat dunia, dan ini tidak menghairankan kerana memang ramai wanita anggun persis bidadari di situ.

Namun tahukah anda, di sebalik Chavez dan ratu cantik, Venezuela turut menempatkan komuniti Islam yang agak besar, bahkan nur Islam dikhabarkan pernah memayungi hati seorang ratu cantik mereka, di mana desas-desus ada mengatakan bahawa salah seorang bekas ratu cantik mereka bernama Mariam Habach Santucci adalah seorang yang beragama Islam.

Ada desas-desus mengatakan Mariam Habach Santucci sebagai penganut Islam, namun setakat mana kesahihannya masih sukar dijawab

ISLAM DI VENEZUELA

Penduduk Islam Venezuela adalah kecil tetapi berpengaruh. Menurut Jabatan Negara AS dalam Laporan Kebebasan Beragama Antarabangsa 2015, terdapat lebih dari 100,000 umat Islam di Venezuela, terutama keturunan Lubnan dan Syria, dan majoriti mereka berpusat di Nueva Esparta dan Caracas.

PENGARUH ISLAM DI SANA

Pengaruh Islam di Venezuela terserlah di Caracas yakni bandar terbesar di Venezuela.Di sana terdapat kira-kira 15,000 orang Islam, dan menempatkan masjid kedua terbesar di seluruh Amerika Selatan iaitu Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim.

Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim atau turut dikenali sebagai Caracas Mosque di Venezuela

Terletak di kawasan bandar yang pesat berubah, masjid bersejarah ini mempunyai bentuk yang sangat gah dan menonjol, bagi tujuan menyerlahkan kehebatan Islam di sana. Ia dibina dengan dana dari Yayasan Ibrahim bin Abdul Aziz Al-Ibrahim di bawah perancangan arkitek Oscar Bracho. Untuk makluman, Ibrahim bin Abdul Aziz Al-Ibrahim merupakan tokoh terkenal tanah Arab yang mempunyai kaitan dengan monarki Arab Saudi. Hubungan Arab Saudi dengan Venezuela pula dirapatkan melalui satu titik persamaan iaitu petroleum, di mana kedua-dua negara merupakan pengeluar petroleum antara yang terbesar di dunia.

INSTITUSI AGAMA ISLAM 

Selain Masjid Sheikh Ibrahim Al-Ibrahim, Venezuela turut menempatkan banyak lagi masjid lain. Ini termasuklah: –

  1. Isla Margarita-Caribe La Comunidad Islámica Venezolana, Centro Islámico de Venezuela,
  2. Mezquita al-Rauda di Maracaibo,
  3. Asociación Honorable Mezquita de Jerusalén di Valencia,
  4. Centro Islámico de Maiquetía di Vargas,
  5. Asociación Benéfica Islámica di Bolívar.
  6. Masjid besar di Punto Fijo

MEDAN MEDIA ASIA BARAT DI AMERIKA SELATAN

Oleh kerana disatukan melalui petroleum, itu bukan sahaja merapatkan para pemimpin dua negara bahkan turut membawakan media-media dari Asia Barat ke Venezuela. Ini sekaligus memotretkan Islam sebagai salah satu agama yang cukup berpengaruh di sana. Antara media Arab yang berjaya memayungi minda warga Venezuela termasuklah: –

  1. Al Jazeera
  2. Lebanon News (LBC)
  3. Hezbolah LBC

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker