Events

School Buddies 1.0 Pupuk Semangat Sukarelawan Mahasiswa

Dalam mempromosikan semangat kesukarelawanan dalam diri mahasiswa, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya bakal menganjurkan projek School Buddies 1.0 pada 26 April ini.

Di samping itu, projek ini diharapkan dapat memberi motivasi dan inspirasi dalam diri untuk khidmat masyarakat.

Selain menjadi salah satu cara untuk para mahasiswa menimba pengalaman, mereka juga dapat memperkayakan kemahiran-kemahiran insaniah (soft skill) serta kemahiran untuk mengendalikan sesuatu projek.

Pada kali ini, School Buddies 1.0 akan berfokus kepada pelajar-pelajar yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang adalah ice breaking, slot inspirasi, slot akademik, Got talent dan explorace.

Projek ini dikendalikan oleh Mahasiswa Sarjana Muda Kaunseling dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker