Teknologi

Kamera Sekuriti Comel ULO

Bosan dengan rekaan CCTV yang biasa dan mahukan yang comel – mungkin ULO sesuai dengan anda.

ULO merupakan sebuah kamera CCTV bersaiz mini yang dihasilkan oleh Mu-Design melalui projek kickstarter.

ULO | Mu Design

Menarik tentang kamera ini, ia direka seperti kepala burung hantu yang kecil dan comel. Kamera ini boleh diletakkan seperti dekorasi meja malah boleh digantung pada dinding melalui magnet.

Indikasi pemerhatian, mod berjaga-jaga, malah status bateri boleh dilihat melalui perubahan mata burung ini dengan kamera kecil yang tersembunyi padanya.

Kamera bersaiz 9 x 9 cm ini didatangkan dengan kamera definasi tinggi 2MP dan mikrofon untuk rakaman bunyi.

Rakaman video dan foto yang direkod dan disimpan dalam Memory Card.

Dalam mod berjaga-jaga, sebarang pergerakan akan diberitahu melalui email dan dihantarkan terus ke email yang berdaftar.

ULO | Mu Design

Tetapan dan konfigurasi kamera ini boleh dibuat melalui aplikasi khas yang perlu dimuat turun pada telefon pintar

Mata burung hantu tersebut boleh diubah dan direka mengikut citarasa pengguna melalui aplikasi ini.

Kamera ULO boleh bertahan selama 2 hari sebelum perlu dicas semula. Kamera ini menggunakan 3 biji bateri cas-semula namun bateri ini tidak diberi sekali dalam bungkusan. Namun, pengguna boleh menggunakan kamera ini secara berterusan menggunakan soket elektrik.

Kamera sekuriti ULO ini akan mula dijual pada suku ke-2 2018 pada harga €199 (RM950 – RM1,200).

Maklumat lebih mengenai kamera sekuriti ULO, klik di sini

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker