Hiburan

Cara Kaum Melayu Sarawak Berkahwin Zaman Dulu-Dulu

Majlis resepsi ‘raja sehari’ pada zaman sekarang selalunya dimeriahkan dengan perhiasan yang melibatkan perbelanjaan sehingga mencecah beberapa ribu ringgit.

Secara lazimnya, antara perkara yang perlu disiap sediakan sebelum hari bersejarah itu adalah kad jemputan, hiasan bunga, pemuzik profesional, pakaian pengantin, penyediaan makanan dan minuman.

Mengikut peredaran zaman, persiapan seperti ini adalah perkara biasa. Tetapi mungkin di antara kita makin melupakan cara tradisi perkahwinan zaman dahulu, ataupun tidak pernah mengetahui cara kaum Melayu di Sarawak mengadakan majlis ‘raja sehari’ mereka.

Proses melamar

Sumber: Pertama ASMEF

Pengantin lelaki yang datang ke rumah perempuan hendaklah membawa sepilah kapak, dan jika pihak perempuan bersetuju, maka tikar akan dibentangkan.

Pelamin

Sumber: Pertama ASMEF

Zaman dahulu pelamin kaum Melayu Sarawak menerapkan nilai-nilai tradisi dan cukup ringkas. Menurut penulis Borneo Oracle, pada asalnya pelamin mereka adalah sebuah katil sebesar ‘king size’ sahaja. Di sekelilingnya akan dipenuhi dengan hiasan seni sulaman Melayu Sawarak.

Setiap satu pelamin tradisional mereka juga menampilkan angka 7. Pelamin mereka dikatakan mempunyai 7 tingkat takhta malah hiasan “guling” atau bantal peluk juga ada tujuh biji kesemuanya yang dijadikan sebagai “penyandar” untuk pengantin. Asal usul penggunaan angka 7 ini tidak diketahui.

Selain itu, pengantin lelaki juga hendaklah membawa jambangan bunga tangan yang diperbuat daripada kertas.

Yang menarik juga, pelamin ‘raja sehari’ juga merupakan tempat tidur mereka.

Baju persandingan

Tiara empat tingkat yang dipakai ketika bersanding diperbuat daripada emas atau perak yang disadur emas. Antara perhiasan lain yang dipakai adalah Kepih Dahi, Kepih Sanggul, Sisir, Bunga Tajuk dan Cucuk Sanggul Berjuntai.

Sumber: Pertama ASMEF

Untuk pakaian pula, Tudung Keringkam yang diperbuat daripada benang keringkam emas disangkut pada bahu dan dipadankan dengan kain sarung daripada Kain Songket Brunei Teninan Sarawak. Pakaian ini dibuat khas untuk pengantin pada Majlis Persandingan.

Tepung tawar

Bahan yang digunakan untuk adat tepung tawar adalah beras kuning, kapur dan bunga.

Sudah tentu konsep pelamin pada zaman dahulu sangat ringkas dan diterapkan nilai-nilai tradisi berbanding zaman sekarang.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker