Sukan

Arsene Wenger: Mercu Tanda Bakat, Profesionalisme, Keazaman

Arsene Wenger telah mengeluarkan kenyataan pada Jumaat minggu lalu bahawa musim ini adalah musim terakhirnya bersama Arsenal, sekaligus menamatkan 22 tahun beliau bersama kelab itu.

Penghargaan yang tidak terhingga membanjiri muka berita, apabila pemain dan pengurus daripada pelbagai lapisan menyanjung individu yang mengubah bolasepak England ke arah yang lebih baik.

Lawan seterunya, Sir Alex Ferguson memuji “profesionalisme, bakat serta keazaman” Wenger, sementara pemain terbaik era Le Professeur itu, Thierry Henry berkata Wenger meninggalkan “legasi yang tidak akan dapat di atasi”.

Semestinya Wenger layak untuk mendapatkan segala puji-pujian itu. Walaupun kelab itu dilihat merosot sejak beberapa tahun ini, namun kejayaannya jauh mengatasi segala kegagalan.

Beliau mengundur diri dengan penuh bermaruah dan class, sesuai dengan kejayaan yang diperolehinya ketika berada di Liga Perdana Inggeris.

Pengaruhnya menjangkau jauh melebihi the Gunners, melebihi corak permainan Wengerball, melebihi pemain-pemain yang berjaya di bawahnya, dan semestinya jauh melebihi kedudukan terkini kelab itu.

Ketangkasan dan kelajuan yang ditunjukan ketika Arsenal berada di tahap terbaik dijadikan contoh, begitu juga tumpuan kepada diet pemain dan mengasah bakat muda dari segenap benua.

Wenger membina pasukan yang begitu mengiurkan apabila mereka bermain. Pergerakan yang lancar, serangan berbisa serta hantaran dan kawalan bola pantas menggegarkan pasukan Manchester United yang bermain secara teratur dan bersemangat, sehingga mereka menjadi musuh tradisi paling hangat  di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

“Dari segi bolasepak yang mereka tunjukan, pujian terbesar yang saya boleh katakan adalah beliau bermain bolasepak pada tahap yang memerlukan kami mengubah corak permainan kami, dan tidak ramai yang boleh berbuat demikian,” dalam kenyataan bertulis bekas pemain pertahanan United, Gary Neville kepada SkySport.

Pengkritik-pengkritik Wenger telah menyuarakan perasaan mereka. Dengan kekalahan 8-2 kepada United, atau dibelasah Bayern Munich dengan agregat 10-2, serta tersingkir daripada persaingan Piala FA kepada kelab bawahan, Nottingham Forest, menyebabkan penyokong-penyokong “Wenger In” semakin berkurangan.

Ia bukanlah reaksi yang tidak masuk akal jika kejayaan pengurus dari Perancis itu dibandingkan kepada 10 tahun pertama beliau di kelab itu.

Namun disebalik kekecewaan itu, Wenger masih boleh berbangga dengan tiga kali juara Liga Perdana Inggeris, tujuh piala FA, dan musim the Invincibles.

Kini Wenger masih perlu memberikan sepenuh perhatian kepada baki perlawanan yang tinggal dalam musim ini.

“Kepada semua peminat Arsenal, jagalah nilai-nilai kelab ini,” Ujar Wenger pada Jumaat yang lepas.

“(Kelab yang) saya sayang dan sokong selama-lamanya.”

Kini tiba masanya rasa sayang dan sokongan itu ditunjukan beramai-ramai kepada Wenger.

Sudah tentu patung beliau akan dibina di luar Stadium Emirates, bersama-sama Bergkamp, Henry, Chapman, Adams dan Friar.

Tugu yang paling dijaga juga akan terhakis akibat peredaran masa. Ia bukan sahaja menceritakan detik atau mereka yang diraikan, malah kesukaran yang mereka hadapi.

Merci, Arsene.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker