AntarabangsaBudaya

Argentina: Islam Di Sebalik “Negara Bola Sepak”

Argentina dan bola sepak sesungguhnya tidak dapat dipisahkan, bahkan negara itu telah melahirkan ramai lagenda dunia termasuk Daniel Alberto Passarella, Diego Maradona dan Lionel Messi.

Namun, ada “sesuatu” yang lain yang turut mendapat tempat di sana, atau sekurang-kurangnya telah berjaya menjentik hati warga Argentina.

Apa yang dimaksudkan ialah agama Islam yang semakin berkembang di negara dalam benua Amerika Selatan itu.

ISLAM DI ARGENTINA

Menurut Vincent Lofasso, pengendali laman muslimvillage.com, kerajaan sangat toleran terhadap komuniti Islam di Argentina dan ini dapat dilihat melalui peristiwa pada tahun 2011.

Pada waktu itu, kerajaan di bawah Presiden Cristina Elisabet Fernández de Kirchner telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan pemakaian hijab di negara itu. Ini membuktikan bahawa sekalipun komuniti Islam hanyalah minoriti namun mereka diterima dengan baik di sana.

Mantan Presiden Argentina, Cristina Elisabet Fernández de Kirchner

Majoriti Islam di Argentina merupakan imigran dari Asia Barat, dan mereka dianggarkan berjumlah kira-kira 400,000 hingga 500,000, mewakili sekitar 1-2% populasi keseluruhan penduduk negara itu (43 juta orang).

Keceriaan jelas terpapar di wajah wanita Islam di Argentina

PUSAT ISLAM

Memandangkan bilangan orang Islam yang ramai di Argentina, maka kerajaan dan pihak awam mengambil langkah menyediakan banyak masjid dan pusat-pusat Islam di sana.

Di samping itu, Argentina turut menempatkan masjid terbesar dalam benua Amerika Selatan iaitu Pusat Budaya Islam Raja Fahd. Ia dirasmikan pada tahun 2000, dan dibina di atas kawasan seluas 34,000 m² di tengah ibu kota Buenos Aires.

Pusat Budaya Islam Raja Fahd yang tersergam indah di tengah bandaraya Buenos Aires, Argentina

Argentina turut menempatkan IOLA (Islamic Organization of Latin America), yang merupakan organisasi Islam paling aktif di seluruh Amerika Selatan.

Ia berperanan sebagai institusi untuk memayungi komuniti Islam bukan sahaja di Argentina bahkan di seluruh benua itu.

PENERIMAAN TERHADAP ISLAM DI ARGENTINA

Pada masa ini, Islam diterima dan dihormati di seluruh Argentina, bahkan menurut akhbar The Independent: –

“Tiada diskriminasi yang wujud [di Argentina] kerana menjadi Muslim…dan mereka bebas mempraktikkan kepercayaannya dalam suasana yang harmoni dan penuh damai tanpa sebarang kesulitan.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker