AntarabangsaIsu Semasa

Pemerintahan Keluarga Castro Tamat Selepas 6 Dekad

Cuba menyaksikan pengakhiran sebuah era pada hari April 2018 apabila Miguez Diaz-Canel dilantik secara rasmi menjadi presiden negara itu, bagi menggantikan Raul Castro.

 

2018: Pemimpin Pertama Bukan Dari Keluarga Castro Dilantik

Pelantikan Diaz-Canel menandakan permulaan baru dalam pentadbiran Cuba memandangkan beliau menjadi pemimpin pertama selepas enam dekad yang bukan daripada kalangan keluarga Castro.

Memetik laporan News Straits Times, Diaz-Canel merupakan seorang individu terkemuka di dalam Parti Komunis, dan beliau juga adalah presiden pertama di pulau itu yang lahir selepas revolusi tahun 1959.

Ahli politik berusia 57 tahun itu adalah satu-satunya calon presiden yang dipilih untuk memimpin negara Caribbean itu selama lima penggal.

Pelantikannya pada 19 April 2018 juga serentak dengan ulang tahun pencerobohan Bay of Babies pada tahun 1961, ketika tentera Fidel Castro mengalahkan 1,400 pemberontak yang disokong Amerika Syarikat (AS) yang berhasrat untuk menggulingkannya.

Dalam pada itu, Raul yang kini berusia 86 tahun, telah menyambut pelantikan penggantinya dengan hati yang terbuka.

 

Keluarga Castro Mempertahankan Komunisme

Difahamkan, Raul telah memegang jawatan presiden sejak tahun 2008 lagi bagi mengambil alih kedudukan abangnya, Fidel Castro yang sudah uzur pada waktu itu.

Fidel merupakan pengasas negara komunis di yang pertama di Hemisfera Barat selepas beliau mengetuai pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan diktator tentera, Fulgencio Batista pada tahun 1959.

Beliau kemudian memerintah Cuba selama hampir 5 dekad (1959 sehingga 2008) dan kemudian menurunkan kuasa pemerintahan kepada Raul.

Gabungan Fidel dan Raul telah menjadikan pulau Caribbean itu sebagai pemain utama dalam Perang Dingin dan membantu mempertahankan Komunisme walaupun dengan keruntuhan Kesatuan Soviet (Soviet Union).

Walau bagaimanapun, Fidel telah menghembuskan nafas terakhir pada 25 November 2016 ketika berusia 90 tahun.

 

Cabaran Diaz-Canel Sebagai Presiden Cuba

Selepas mengangkat sumpah sebagai pemimpin baru, Diaz-Canel perlu memikul tanggungjawab dalam meneruskan rancangan pembaharuan yang dimulakan oleh Castro untuk membuka ekonomi Cuba kepada usahawan swasta kecil.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga perlu memulihkan hubungan Cuba dan musuh ketatnya ketika Perang Dingin, iaitu Amerika Syarikat.

Namun, langkah-langkah ke arah normalisasi hubungan di antara kedua-dua negara itu dilihat telah berkurangan susulan pelantikan Donald Trump sebagai presiden AS.

Pada tahun 2015, Havana dan Washington telah memperbaharui hubungan diplomatik ketika pentadbiran bekas presiden Barack Obama.

Obama turut mengadakan lawatan bersejarah ke pulau itu setahun kemudian.

Show More

Related Articles

Back to top button