HiburanTeknologi

God of War Midnight Launch

PlayStation Asia telah mengadakan satu acara pelancaran tengah malam bagi permainan terbaru untuk PlayStation 4, God of War.

God of War Midnight Launch telah berlangsung LG2, Orange Zone, Sunway Pyramid malam tadi.

Pra-Pesanan

Acara ini diadakan bagi meraikan pembeli-pembeli pra-pesanan terawal melalui pengedar berlesen terpilih termasuk HeavyArms, Gamers Hideout dan Impulse Gaming.

Pembeli pra-pesanan dapat menikmati beberapa barangan istimewa dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah melalui nombor pra-pesanan mereka disamping menjadi pembeli pertama yang memiliki permainan God of War secara fizikal.

50 individu pertama yang beratur akan menerima lampu Kratos Pixel Pals manakala pengunjung berpeluang memenangi figura Kratos dan Atreus Funko Pop!

Tepat jam 12 tengah malam, God of War telah dilancarkan secara rasmi sekaligus pembeli sudah boleh mengambil permainan mereka.

God of War Midnight Launch ini dimulakan sejak 8 malam lagi dengan mengadakan beberapa pameran dan aktiviti interaktif seperti memanah dan stesen bergambar dengan prop senjata watak utama.

God of War (PS4) merupakan siri terbaru di dalam francais permainan video God of War. Ia merupakan permainan berbentuk aksi-mitos dan telah menerima rating tertinggi dari pelbagai pengkritik permainan video.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker