AntarabangsaIsu Semasa

AS Dan Filipina Memperluaskan Latihan Ketenteraan Bersama

Latihan ketenteraan tahunan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Filipina bagi tahun 2018 akan menyaksikan penglibatan beberapa buah negara lain juga.

Memetik laporan Reuters, tentera turut Australia dan Jepun dipelawa untuk menyertai edisi “war games” yang ke-34 itu.

Latihan tahunan yang dikenali sebagai “Balikatan” (bahu ke bahu) ini bertujuan untuk menguji kesediaan pasukan tentera untuk bertindak balas kepada ancaman-ancaman termasuk bencana alam serta serangan kumpulan pengganas.

Dalam satu kenyataan pada Khais, kedutaan AS di Manila mengatakan bahawa Australia dan Jepun akan menyertai latihan berkenaan di pelbagai lokasi di pulau Luzon, iaitu pulau yang terbesar di Filipina pada 7 Mei nanti.

Difahamkan, kedua-dua negara itu merupakan sekutu AS selain daripada menjalinkan perkongsian strategik bersama Filipina.

Di samping itu, Britain juga dijemput untuk menyertai Balikatan dan memerhatikan sebahagian daripada latihan itu yang bertujuan untuk mengurangkan kesan pasca bencana.

Balikatan akan berlangsung selama dua minggu, di mana akan memfokuskan pertahanan bersama, anti-keganasan, bantuan kemanusiaan serta bencana, dan menyediakan bantuan dalam sebarang insiden yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan orang awam.

Menurut kedutaan, tentera dari AS, Australia, Jepun dan Filipina juga telah melaksanakan projek mengubah suai sekolah-sekolah di empat wilayah di utara Manila dan menyediakan perkhidmatan kesihatan serta pergigian di pelbagai kawasan luar bandar yang miskin.

Dalam pada itu, jurucakap tentera Filipina, Liezl Vidallon berkata, 4 buah negara tersebut akan menjalani latihan ketenteraan berkenaan dengan menggunakan peluru hidup serta berkongsi dan bertukar maklumat di antara satu sama lain.

Bagi sesi tahun 2017, kira-kira 2,800 tentera Filipina dan 2,600 tentera AS telah menyertai latihan ketenteraan ini.

Selepas Presiden Rodrigo Duterte dilantik menjadi pemimpin pada Jun 2016, beliau mengumumkan bahawa 2017 adalah tahun terakhir sesi latihan ketenteraan bersama di atnara AS dan Filipina.

Walau bagaimanapun, pihak tentera Filipina kemudian mengesahkan bahawa latihan akan tetap diteruskan, namun tidak akan menggunakan beberapa peralatan tertentu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker