AntarabangsaIsu Semasa

Tentera Laut AS ‘Balas’ Provokasi China

Kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt telah beroperasi lebih daripada setahun di Teluk Parsi bagi menentang kumpulan militan Daesh.

Kini, jet pejuang F/A-18 Super Hornets berlepas dari kapal yang sama di Laut China Selatan berikutan laporan mengenai tindakan China yang memasang alat pengganggu komunikasi di Kepulauan Spratly.

Memetik laporan Diplomat, USS Roosevelt telah belayar menerusi Laut China Selatan untuk berlabuh di Filipina pada awal bulan ini.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berkata, kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat itu kembali semula ke kawasan operasi 7th Fleet selepas berjaya melaksanakan operasi ketenteraan selama 4 bulan di teluk Arab.

Tentera AS kemudian mengadakan ‘pertunjukan kuasa’ di Laut China Selatan selepas Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghantar 40 buah kapal perang belayar menerusi Selat Taiwan.

Difahamkan, tindakan AS bertujuan untuk menunjukkan bahawa aset peperangan elektronik China tidak akan mengganggu operasi udara di kawasan perairan yang dipertikaikan itu.

Panglima AS, Harry Harris turut menjelaskan pada bulan Februari bahawa China sedang “berusaha untuk mendapatkan hak kedaulatan ke atas perairan tersebut.”

Dalam pada itu, Wall Street Journal melaporkan bahawa alat gangguan komunikasi mampu menganggu rangkaian komunikasi dan radar yang telah diletakkan di pangkalan tentera di Kepulauan Spratly.

Pertikaian kepulauan itu yang masih berterusan melibatkan tuntutan hak daripada China, Taiwan, Vietnam, Malaysia dan juga Filipina.

Walau bagaimanapun, kumpulan tempur USS Theodore Roosevelt menyatakan bahawa operasi yang diadakan oleh semua pihak yang terlibat dilaksanakan dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

“Kami telah melihat kapal-kapal China di sekeliling kami. Mereka adalah salah satu tentera laut yang beroperasi di Laut China Selatan, namun saya ingin menjelaskan bahawa mereka semua melakukan tugasan dengan profesional,” kata Panglima Tentera Laut AS, Steve Koehler.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker