AntarabangsaIsu Semasa

Starbucks Tutup Seluruh Cawangan Di AS Untuk Didik Pekerja

Starbucks akan menutup cawangan dan pejabat korporat mereka di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada 29 Mei ini bagi menjalankan “pendidikan perkauman berat sebelah” (racial bias education).

Mereka mengumumkan perkara ini selepas menerima kritikan orang ramai berkenaan insiden yang menular pada minggu lepas, di mana dua orang kulit hitam dirakam sedang ditahan oleh polis di dalam salah satu cawangan mereka di Philadelphia.

Dua orang lelaki berkulit hitam itu menyatakan mereka duduk di dalam kedai itu tanpa membuat sebarang pembelian kerana sedang menunggu seorang lagi rakan mereka.

Starbucks berkata lebih daripada 8,000 cawangan mereka akan ditutup pada petang Mei 29 bagi memberikan latihan kepada hampir 175,000 pekerja mereka.

Ketua pegawai eksekutif Starbucks, Kevin Johnson telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan berkata mereka “komited untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya”.

Tambahnya lagi, kurikulum itu direka untuk mengetengahkan isu-isu perkauman dan menggalakkan persefahaman, mencegah diskriminasi, dan memastikan mereka yang datang ke Starbucks berasa selamat dan dialu-alukan.

Bekas Peguam Negara Eric Holder dan Bryan Stevensen, seorang peguam hak asasi sivil akan menjadi di antara para pakar yang dirujuk untuk membuat kurikulum tersebut.

Dilayan dengan penuh hormat dan bermaruah di tempat awam adalah antara aspek asas kewarganegaraan, kata NAACP Legal Defense Fund yang juga merupakan antara  pakar yang dirujuk.

Tambah mereka lagi, realiti sebenar bagi kebanyakan warga Amerika Syarikat berkulit hitam, mereka biasa menghadapi penghinaan dan sering disyaki melakukan jenayah.

Tambah mereka lagi, ini adalah realiti yang dihadapi kebanyakan warga Amerika berkulit hitam apabila mereka sering dipandang serong.

Wanita yang telah memuat naik video yang menular tersebut, Melissa DePino, berkata seorang pekerja Starbucks menelefon polis kerana kedua-dua lelaki yang ditahan itu tidak memesan apa-apa daripada menu sementara menunggu rakan mereka.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker