Gaya HidupPercutian

Senibina Menarik Singapura Yang Berbaloi Untuk Gambar

Singapura merupakan salah satu tempat paling padat di dunia yang dipenuhi dengan karya seni bina yang hebat, rekaan arkitek terkenal dari seluruh dunia.

Dikenali sebagai “Bandar dalam Taman”, Singapura adalah Bandar pelancongan idaman bagi semua pelancong yang menggemari seni bina. Berikut adalah empat bangunan yang menakjubkan di Singapura dan cerita di sebaliknya.

1. Marina One

Direka oleh arkitek Jerman Christoph Ingenhoven, Marina One adalah bangunan pelbagai guna yang terletak di tengah-tengah pusat kewangan Singapura. Antara pengiktirafan bangunan ini termasuk: Senibina Tinggi Terbaik, Senibina Penggunaan Campuran Terbaik, dan Pembangunan Penggunaan Campuran Terbaik di Anugerah Hartanah Asia 2012.

Marina One merangkumi dua menara kediaman, dua menara pejabat dan “The Heart”, sebuah podium runcit yang terletak betul-betul di tengah-tengan bangunan yang menawarkan pilihan gastronomi dan gaya hidup. Bangunan itu juga mempunyai taman biodiversiti bersaiz lima kolam renang Olimpik, yang merupakan ruang hijau untuk bersantai.

Kompleks Marina One paling mudah diakses di Singapura, kerana ia terhubung dengan tiga daripada lima laluan MRT yang beroperasi di Singapura.

2. PARKROYAL on Pickering

Direka untuk menjadi “hotel dalam taman” oleh WOHA Architects yang berpusat di Singapura, PARKROYAL on Pickering benar-benar menakjubkan. Dengan kehijauan yang luas, dinding hijau, hiasan air dan taman bertingkat tinggi, hotel mewah itu menyerlah daripada bangunan pejabat di sekitarnya.

Hotel ini telah memenangi beberapa anugerah untuk reka bentuk hijau, termasuk 2015 CTBUH Skyscraper Award untuk Urban Habitat dan Hotel of the Year untuk World Architecture News Awards 2013.

3. Parkview Square

Dikenali sebagai “Gotham City” oleh penduduk setempat, Parkview Square adalah kompleks pejabat komersil di North Bridge Road dengan rekaan hadapan yang mewah seperti arca, patung-patung ikon terkenal dan air pancut yang memukau mata.

Bangunan pejabat itu telah direka oleh firma AS, James Adam Design bersama dengan Arkitek DP Singapura. Ia dianggap sebagai salah satu bangunan pejabat paling mahal di Singapura dengan kos sewanya yang bernilai tinggi.

4. Kompleks Golden Mile

Dibina pada tahun 1960, Kompleks Golden Mile merupakan tempat terkenal di kalangan warga Singapura. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa bangunan di kota singa itu yang direka dalam gaya seni bina Brutalist.

Perintis dalam reka bentuk teres bertingkat, konsep itu digunakan untuk mengurangkan bunyi bising. Ia juga merupakan salah satu bangunan pertama di Singapura yang dibina untuk kegunaan campuran. – Now Boarding

Show More

Related Articles

Back to top button