Gaya HidupMakan & Minum

Coklat Tempatan, Cocoraw, Pasti Memuaskan Pencinta Coklat

Coklat ‘Nama’ dihasilkan oleh syarikat coklat dari Jepun, ROYCE’. Coklat ini mula dihasilka pada tahun 1955, dan sejak itu ia telah menjadi coklat kegemaran di seluruh dunia.

Ia merupakan coklat yang tebal dan berkrim, ia diperbuat daripada koko dan krim berkualiti tinggi. Ia kemudian dituang ke atas dulang, dibiarkan untuk menyejuk dan dipotong kepada bentuk segi empat sama, dan akhir sekali ditaburi dengan serbuk koko.

Rasa coklat ‘Nama’ ini sangat kaya seperti rasa coklat ganache keras dan ia sangat memuaskan.

Pada tahu 2016, pencinta coklat Michael Woo dan isterinya Lee See Pin telah memulakan jenama coklat truffle mereka sendiri yang dipanggil Cocoraw.

Coklat truffle mereka diperbuat menggunakan cara yang sama seperti coklat ‘Nama’. Tekstur coklat mereka begitu lembut, sehinggakan ia terus mencair sebaik sahaja anda masukkannya ke dalam mulut.

Lee belajar sendiri cara membuat coklat dan menggunakan pelbagai resipi untuk menyempurnakan coklat truffle Cocoraw.

Coklat mereka diperbuat daripada coklat yang diimport dari Belgium.

Mereka juga turut menghasilkan coklat yang menggabungkan perisa-perisa tempatan, antaranya seperti Salted Gula Melaka dan Teh Tarik.

Salted Gula Melaka mempunyai rasa manis yang seakan karamel, manakala Teh Tarik pula mempunyai perisa teh manis.

Kini perniagaan mereka telah berkembang sehingga wujudnya sebuah kiosk kecil yang bernama Cocodash by Cocoraw yang terletak di Telawi, Bangsar Baru.

Di sana, selain daripada coklat istimewanya, anda juga turut boleh merasai kek brownie dan minuman coklat.

Sumber: Cocoraw

Sekotak kecil truffle mereka, yang mengandungi 12 biji truffle dijual pada harga RM 19, sementara kotak besar yang mengandungi 24 biji truffle pula berharga RM 30.

Coklat mereka mampu bertahan selama dua minggu dan jika diletakkan di dalam peti sejuk, ia boleh bertahan sehingga tiga minggu.

Jadi jika anda seorang chocoholic, atau penggemar coklat yang sangat lembut sehingga ia mencair di dalam mulut, anda patut cuba coklat truffle Cocoraw.

Cocodash by Cocoraw

Alamat: Cocodash by Cocoraw (same premise as CzipLee), 1 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Kuala Lumpur

Laman web: https://www.cocoraw.me/

Tel: 018 9840228

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker