Teknologi

Saintis Cipta Kapsul Untuk ‘Bunuh Diri‘

Baru-baru ini sebuah model kapsul ‘bunuh diri’ telah diperkenalkan kepada orang ramai.

Dengan menggunakan VR berteknologi tinggi, orang ramai dapat merasakan bagaimana jika mereka memilih untuk ‘mengakhiri’ hidup mereka menggunakan kapsul tersebut.

Diberi nama ‘Sarco’, iaitu nama pendek untuk sarcophagus atau keranda batu, ia merupakan mesin yang dicipta oleh Philip Nitschke dari Australia dan diperbuat daripada mesin cetak 3D.

Kapsul futuristik ini direka bagi membolehkan sesiapa sahaja untuk ‘mengakhiri’ hidup mereka dengan cara yang cepat dan mudah tanpa membahayakan orang lain.

Ia dicantumkan bersama keranda dan akan menggunakan sistem penyampaian gas nitrogen daripada satu kanister yang cukup untuk memenuhi ruangan kapsul itu.

Pada hari pelancaran Sabtu lepas, orang ramai berpeluang untuk menggunakan alat VR supaya dapat merasakan bagaimana kapsul itu digunakan.

“Orang yang ingin mati hanya perlu menekan butang dan kapsul ini akan dipenuhi dengan gas nitrogen,” kata Nitschke.

Kapsul yang berfungsi penuh dijangka siap untuk dipaparkan menjelang akhir tahun.

Selepas itu, dokumen untuk membuat kapsul berkenaan akan dimuat naik kepada Internet sebagai dokumen open-source.

Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan dokumen itu untuk membuat kapsul mereka sendiri.

Nitschke berkata: “Di kebanyakan negara membunuh diri tidak bertentangan dengan undang-undang, tetapi membantu seseorang untuk membunuh diri, ya.

“Ini adalah keadaan di mana seseorang memilih untuk menekan butang… dan bukannya berdiri di hadapan kereta api.

“Saya percaya ia adalah hak asasi manusia [untuk memilih bila untuk mati]. Ia bukan sekadar keistimewaan perubatan untuk mereka yang sangat sakit. Sekiranya anda diberi ‘hadiah’ untuk hidup, anda sepatutnya dapat memberikan ‘hadiah’ itu kembali pada bila-bila masa yang anda pilih.”

Show More

Related Articles

Back to top button