AntarabangsaIsu Semasa

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA)

Malaysia dan Australia telah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) pada 30 Mei 2012.

Dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Januari tahun 2013, MAFTA merupakan satu perjanjian komprehensif yang mengandungi 21 bab merangkumi perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan serta kerjasama ekonomi.

Ia juga adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala keenam yang dimeterai oleh Malaysia bersama negara luar, selepas Jepun (2005), Pakistan (2007), New Zealand (2009), Chile (2010), dan India (2011).

Selain daripada meningkatkan lagi kerjasama ekonomi bilateral, MAFTA akan menangani beberapa isu mengenai liberalisasi perdagangan produk dan perkhidmatan.

Sebaik sahaja perjanjian ini mula berkuatkuasa,, Australia telah menghapuskan 100% cukai import, manakala Malaysia pula akan mengurangkan atau menghapuskan tarif import secara progresif sehingga mencapai 99% barisan tarif menjelang tahun 2020.

Berikut adalah bidang-bidang yang seperti yang tertakluk di bawah MAFTA:

MAFTA merangkumi bidang-bidang seperti berikut:

1. Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas dan Definisi Umum

2. Perdagangan Barangan

3. Peraturan Tempasal

4. Kerjasama dan Peraturan-peraturan Kastam

5. Sanitari dan Fitosanitari

6. Piawaian, Peraturan Teknikal dan Prosedur Penilaian Kesesuaian

7. Remedi Perdagangan

8. Perdagangan dalam Perkhidmatan

9. Perkhidmatan Telekomunikasi

10. Movement of Natural Persons (MNP)

11. Rangka Kerja Pengaturan Pengiktirafan Bersama

12. Pelaburan

13. Harta Intelek (IP)

14. Polisi Persaingan

15. Perdagangan Elektronik

16. Ketelusan

17. Peruntukan-peruntukan Umum dan Pengecualian

18. Peruntukan-peruntukan Institusi

19. Perundingan dan Penyelesaian Pertikaian

20. Peruntukan-peruntukan Akhir

 

MANFAAT MAFTA

Di bawah perjanjian ini, Australia membenarkan syarikat Malaysia untuk mengendalikan perkhidmatan profesional seperti guaman, perakaunan, pencukaian, arkitek, kejuruteraan, perancangan perbandaran, pergigian, veterinari dan pengurusan konsultan di sana.

Sebagai balasan, syarikat dari Australia akan berpeluang untuk terlibat dalam sektor pendidikan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Selain itu, MAFTA juga mempromosikan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam sektor automotif, pelancongan, pertanian, e-dagang, serta teknologi arang batu mesra alam.

Memandangkan perjanjian ini meluaskan lagi peluang perniagaan bagi syarikat Malaysia yang berada di Australia, usahawan digalakkan untuk menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka di negara itu.

Antara produk Malaysia yang berpotensi untuk dieksport ke Australia adalah:

– Barangan besi dan keluli 

– Barangan plastik

– Pakaian dan pakaian 

– Produk kayu perabot , lekapan dan lain-lain

– Produk berkaitan minyak sawit dan kelapa sawit 

– Koko dan produk koko 

– Produk makanan 

– Produk automotif 

 

MALAYSIA ANTARA RAKAN DAGANG TERBESAR AUSTRALIA

Pada tahun 2017 Australia merupakan rakan dagang yang ke-12 terbesar bagi Malaysia, sementara Malaysia pula menjadi rakan dagang yang ke-9 terbesar buat Australia.

Jumlah perdagangan keseluruhan di antara Malaysia dan Australia menyaksikan peningkatan sebanyak 23.7% kepada RM52.48 bilion pada tahun itu berbanding RM42.43 bilion pada 2016.

Eksport Malaysia turut meningkat sebanyak 20.8% kepada RM 32.39 bilion berbanding RM 26.82 bilion, manakala jumlah import pula mencecah RM 20.09 bilion, iaitu peningkatan 28.7% daripada RM 15.61 bilion sebelumnya.

Eksport utama Malaysia ke Australia pada tahun itu termasuk petroleum mentah, produk petroleum, produk elektrik dan elektrotik, serta mesin dan peralatan.

Import utama dari Australia ke Malaysia pula melibatkan barangan/produk seperti logam dikilangkan, produk perlombongan, hasil pertanian, dan makanan diproses.

Dari aspek pelaburan pula, Australia menjadi sumber pelaburan langsung asing ke-15 yang terbesar buat Malaysia.

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2017, jumlah pelaburan luar negara dari Malaysia ke Australia mencatatkan jumlah sebanyak RM 618.63 juta.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button