Gaya HidupKecantikan

Telefon Bimbit Boleh Rosakkan Kulit?

Ramai di antara kita tidak sanggup berjauhan dengan telefon bimbit. Dengan adanya akaun media sosial dan akses kepada Internet, senang untuk kita berhubung bersama rakan-rakan dan menguruskan hal seharian.

Tetapi tahukah anda telefon bimbit sebenarnya boleh memberi kesan buruk terhadap kulit? Di sini Cosmopolitan menyenaraikan 5 tabiat penggunaan telefon bimbit yang boleh menjejaskan kulit anda:

Tabiat harian 1: Mengecilkan mata untuk baca mesej pada skrin.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Sudah jadi kebiasaan untuk wanita berusia 20-an mula hadapi masalah garis kedutan pada sisi mata dan antara kedua-dua mata yang tak sepatutnya muncul sehingga anda berusia 30-an atau 40-an.

Penyelesaiannya:

Besarkan font (20 ke atas), dan naikkan kecerahan skrin. Jika Botox bukan dalam bajet dan prinsip anda, cuba serum mata yang mampu memberi kesan hampir serupa. Serum tersebut dapat merangsang kolagen serta membantu mengurangkan kedutan.

Tabiat harian 2: Anda bersembang terlalu lama sampai telefon jadi panas.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Pendedahan kepada haba terlalu lama tak kiralah daripada mana pun, boleh meningkatkan penghasilan melanin pada bahagian itu. Jika anda tidak berapa kisah tentang bintik gelap dan tona kulit tidak sekata, mungkin hal ini boleh menukar fikiran anda: Kajian menunjukkan ia boleh membuat anda nampak 10 tahun lebih tua.

Penyelesaiannya:

Headset atau speakerphone adalah cara terbaik untuk mengelakkannya. Bintik-bintik gelap boleh disapu dengan krim CC yang mempunyai kelebihan pencerahan dan Vitamin C.

Tabiat harian 3: Sebelum tidur, dalam gelap anda mesti nak check juga Instagram, Twitter ataupun baca e-mel.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Cahaya daripada telefon anda mengganggu keupayaan tubuh untuk menghasilkan melatonin, bahan kimia yang bertanggungjawab untuk membuatkan anda mengantuk – berdasarkan nota kajian dari Harvard Medical School. Cahaya dari alatan elektronik, terutamanya bila dipegang tidak jauh dari mata, boleh mengganggu kitaran tidur, menjadikannya tidak bagus untuk kecantikan anda.

Penyelesaiannya:

Jika anda susah untuk letak telefon dan tidur, malapkan sedikit cahaya telefon bimbit anda, atau gunakan aplikasi invert colours yang menukar skrin menjadi gelap dan huruf menjadi putih – kedua-duanya mengurangkan kecerahan dan jumlah cahaya biru yang memancar dari skrin telefon anda.

Tabiat harian 4: Meletakkan telefon pada pipi (Skrin telefon berminyak atau ada kesan solekan!)

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Trend touch-screen telah menyebabkan peningkatan jerawat pada zon telefon: Sisi dahi, pipi, dan dagu. Kotoran dan bakteria yang dah bersarang pada skrin telefon dipindahkan kepada kulit anda apabila bercakap di telefon, dan kemudian membawa kepada jangkitan.

Penyelesaiannya:

Gunalah alat handsfree dan bersihkan skrin telefon bimbit anda setiap hari dengan tisu antibakteria. Jangan lupa juga bersihkan wajah anda dengan cara yang betul setiap hari. Cara membersih yang betul dapat membantu bersihkan kulit dari minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit.

Tabiat harian 5: Sekejap-sekejap tunduk untuk update Instagram atau balas group chat.

Bagaimana ia merosakkan kulit:

Perkara ini dipanggil text neck – leher yang tak anjal, dan bahagian rahang yang menggeleber akibat kolagen dan elastin yang tak stabil. Serat-serat halus pada leher anda hanya mampu melipat beberapa kali sahaja. Kekerapan tunduk dan dongak akan melemahkan struktur sokongan itu.

Penyelesaiannya:

Pegang telefon pada paras mata untuk mengurangkan lipatan leher, dan gunakan produk yang kaya dengan peptida untuk menganjalkan leher dan juga rahang, dua kali sehari. Produk yang kaya dengan Matrixyl- aka Pal-KTTKS dapat menggandakan penghasilan kolagen, menurut kajian di Molecular Pharmaceutics.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker